Korang rindukan filem-filem seperti Toy Story dan Small Soldier tapi dalam bentuk video game? Dengan Hypercharge: Unboxed korang dapat merealisasikan impian itu.
Hypercharge: Unboxed merupakan sebuah game menembak online/offline third-person dan first-person cooperative yang dibangunkan oleh studio indie, Digital Cybercherries. Dibangunkan untuk platform PC dan Nintendo Switch dengan versi konsol berada dalam perancangan.
Menjadi aksi figura kegemaran korang
Di dalam Hypercharge: Unboxed, korang dibenarkan untuk memilih pelbagai jenis aksi figura sebagai avatar korang untuk digunakan dalam pertempuran. Dari watak askar, superhero sehinggalah ke watak makhluk asing korang boleh gunakan. Malah, korang juga boleh mengubahsuai kepala dan badan watak kepada warna yang berbeza serta warna senjata juga.

Terdapat beberapa mode disediakan seperti waves, plague, deathmatch, dan team deathmatch. Dalam mode waves, korang akan bekerjasama dengan 3 pemain untuk menjaga 4 menara daripada diserang oleh musuh yang ramai. Di sini korang perlu mencari coins di sekitar kawasan untuk digunakan untuk membina kubu dan perangkap di sekeliling menara.
Coins juga boleh digunakan untuk menambah attachments pada senjata yang juga boleh dibeli di sekitar kawasan yang berada dalam kotak mainan. Attachment seperti lampu suluh, bipod, scope dan banyak lagi.

Apa yang menarik tentang Hypercharge adalah musuhnya. Apa sahaja mainan yang korang pernah main masa zaman kanak-kanak dulu ada dalam game ini. Beyblade, My Little Pony, Army Men, Power Rangers semua ada dalam ini. Malah ada kapal terbang juga yang berfungsi macam AC-130.
Setiap musuh mempunyai peranan masing-masing dalam memusnahkan pertahanan pemain. Contoh seperti jeep army men yang berfungsi melakukan kamikaze ke arah pertahanan kubu pemain sehingga pecah atau patung My Little Pony terbang untuk menyedut kuasa bateri AA yang berfungsi untuk mengecas perisai menara.

Tetapi mereka juga ada kelemahan. Dan kelemahan mereka terletak kepada apa jenis perangkap dan kubu yang pemain bina. Pemain dibenarkan membawa 3 kad perangkap/pertahanan berbeza. Kad-kad baharu boleh di-unlock setiap kali pemain mendapat gold atau platinum medal setelah tamat permainan.
Terdapat pelbagai jenis kad seperti kubu lego yang digunakan untuk alihkan perhatian musuh. Gam yang digunakan untuk perlahankan kemaraan beyblade, EMP jammer, machine gun turret, anti-aircraft gun turret dan banyak lagi. Bagi penulis, mode ini adalah yang paling best dan korang patut main mode ini dahulu.

Untuk mode deathmatch dan team deathmatch, ia merupakan mode klasik dalam game menembak di mana korang bersama pasukan menentang pihak lawan atau korang menentang semua pemain. Mode kedua yang baik bagi penulis.
Akhir sekali ialah mode plague. Mode di mana 7 orang pemain menjadi survival manakala seorang menjadi monster. Pemain yang menjadi monster perlu menjangkiti pemain-pemain lain untuk menang. Bagi penulis, mode ini yang penulis kurang gemar kerana tiada kelainan dan hampir sama mode yang korang pernah main dalam game-game menembak lain.

Apa yang bagusnya tentang Hypercharge: Unboxed adalah game ini boleh dimainkan secara offline atau online. Ia juga menyokong split screen sehingga 4 pemain serta boleh menggunakan controller di PC.
Untuk online, korang boleh create game dengan mengajak 3 lagi rakan korang menerusi kod invite atau boleh find game menerusi server yang disediakan.
Kalau penulis mahu mengkritik gameplay game ini terletak pada perubahan kamera first-person ke third-person. Isunya sampai apabila masa penulis menggunakan third-person mode. Semasa melakukan lompatan dari platform ke platform, kadangkala kamera akan bertukar ke first-person.

Satu lagi isu adalah pada army men yang kecil. Animasi semasa mereka bergerak dan bila mereka mati nampak lebih kurang sama. Ini boleh jadi keliru kepada pemain semasa menembak.
Grafik seperti mainan sebenar
Grafik yang digunakan dalam Hypercharge: Unboxed sememangnya eye catching dan setiap mainan nampak seperti hidup dengan warna-warni pada setiap aksi figura. Lokasi-lokasi pertempuran yang digunakan juga menarik seperti di dapur, bilik air, laman rumah, pasar raya di bahagian mainan dan banyak lagi.

Dengan kebolehan double jump, pemain boleh melompat sehingga ke kawasan paling tinggi untuk menikmati pemandangan yang cantik yang dipenuhi dengan mainan hidup.
Animasi pergerakan dari setiap aksi figura ini membuatkan mainan ini nampak lebih hidup. Efek tembakan dari raifal, shotgun dan sniper rifle semua cukup memuaskan kecuali pelancar grenad. Penulis elak menggunakan pelancar grenad dalam game ini kerana efek letupannya yang sangat lemah dan tidak cukup mengujakan. Diharap Digital Cybercherries dapat baiki perkara ini.
Muzik yang jamming
Muzik yang didendangkan dalam Hypercharge: Unboxed adalah dalam pelbagai genre dari techno sehingga ke rock yang nampak seperti ambil inspirasi dari band AC/DC. Lagu-lagunya dapat melahirkan rasa epik sehingga ke rasa gembira seperti game mengajak kita have fun dengan rakan-rakan kita.

Efek bunyi secara keseluruhannya bagus kecuali pada bunyi melee. Bunyi semasa menumbuk musuh bagi penulis nampak lemah dan harap boleh diperbaiki. Bunyi efek melee tak memberi impak seperti pemain sedang betul-betul menumbuk musuh.
Jika korang minat game shooter yang bertemakan mainan yang hidup seperti filem Small Soldier dan Toy Story, korang boleh dapatkan Hypercharge: Unboxed di Nintendo Switch dan Steam untuk PC.
Digital Cybercherries ada merancang untuk melancarkan game ini ke PS4 dan Xbox One, namun belum ada tarikh pelancaran diumumkan.
+ Mode waves yang best dan mencabar
+ Reka bentuk musuh yang menarik sama seperti mainan yang korang pernah main
+ Muzik yang best
+ Grafik yang berwarna-warni
+ Split screen 4 pemain
– Kelemahan pada efek bunyi di beberapa tempat
– Pergerakan animasi pada musuh yang boleh kelirukan pemain
– Masalah kamera mode semasa lompat dari platform ke platform
Comments
Loading…