in , , , ,

Hujung Minggu Ini Adalah Untuk Gamers! PS4 Dan Xbox One Tidak Perlu PS Plus/Live Gold Di Multiplayer

Hujung minggu ini jangan ke mana-mana! Duduk rumah dan main online multiplayer secara percuma!

[KEMASKINI]: Buat masa ini, tempoh percuma ini hanya untuk rantau Amerika Utara dan Eropah. PlayStation Asia masih lagi belum mengumumkan sebarang tempoh percuma untuk online multiplayer pada minggu ini. Kami cuba menghubungi PlayStation Asia untuk mendapatkan pengesahan. Maaf atas ralat yang dilakukan.

[LAPORAN ASAL]:

Hujung minggu adalah cukup istimewa untuk para gamers di konsol. Kedua-dua Sony dan Microsoft telah mengumumkan sesi online multiplayer percuma di konsol masing-masing.

Dalam blog post PlayStation, Sony telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan satu minggu penuh online multiplayer percuma di PlayStation 4. Bermakna, bagi mereka yang tidak melanggan perkhidmatan premium PlayStation Plus, mereka turut berpeluang menikmati online multiplayer dalam mana-mana game – bermula 17 hingga 23 Februari 2017.

Microsoft juga mengumumkan Free Weekend-nya untuk Xbox One dan Xbox 360. Sama seperti diumumkan Sony, bagi pemain yang tidak melanggan perkhidmatan premium Xbox Live Gold, mereka juga berpeluang menikmati online multiplayer dalam mana-mana game – bermula 16 hingga 19 Februari 2017.

Jadi, game manakah yang akan anda nikmati bersama rakan-rakan gamers yang lain pada hujung minggu ini? Adakah Grand Theft Auto V, Overwatch ataupun Battlefield 1? Atau mungkin game yang baru sahaja dilancarkan seperti For Honor ataupun Sniper Elite 4?

Jom gaming!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Tarikh Pelancaran Crash Bandicoot N. Sane Trilogy Diumumkan, Bakal Tiba 30 Jun

Tarikh Pelancaran Crash Bandicoot N. Sane Trilogy Diumumkan, Bakal Tiba 30 Jun

Street Fighter V: Perlawanan Persahabatan 15v15 Antara Malaysia Dan Vietnam Esok, Jom Beri Sokongan

Street Fighter V: Perlawanan Persahabatan 15v15 Antara Malaysia Dan Vietnam Esok, Jom Beri Sokongan