Huawei baru sahaja memperkenalkan tiga telefon pintar terbaru keluaran mereka — iaitu Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20 X. Kita bukan nak berbincang tentang spesifikasi yang ada pada dua model awal yang disebutkan di atas, tetapi ingin lihat Mate 20 X, iaitu telefon pintar yang memfokuskan kepada gaming.

Dalam pembentangan yang dilakukan oleh Huawei semalam, Richard Yu telah mengeluarkan satu kenyataan yang cukup berani — mengatakan yang Mate 20 X adalah pesaing yang jauh lebih baik untuk Nintendo Switch. Pembentangan tersebut turut memperlihatkan gambar Mate 20 X dan Switch diletakkan bersebelahan sebagai perbandingan.

Berikut adalah beberapa poin yang Yu bentangkan, membandingkan Mate 20 X sebagai peranti yang lebih baik daripada Switch:

  • Mempunyai teknologi penyejukan yang superior
  • Mempunyai skrin 7.2 inci berbanding Switch dengan 6.2
  • Mempunyai resolusi 1080p berbanding Switch dengan 720p
  • Bateri yang tahan 2 kali ganda lebih lama berbanding Switch

Bukan itu sahaja, poin paling menyerlah dalam pembentangan tersebut ialah pengenalan gamepad yang memiliki analog stick dan butang d-pad sebagai aksesori tambahan (add-on).

Ya, betul. Sekali pandang, ia kelihatan sama seperti aksesori pad pro untuk Nintendo 3DS.

Nintendo 3DS bersama aksesori pad pro.

Walau bagaimanapun, ada satu poin yang Huawei Mate 20 X “kalah” dengan Nintendo Switch, iaitu ia berharga USD1,000 (~RM4156), manakala Switch pula hanya berharga USD300 (~RM1246).

Kalau korang berminat untuk buat perbandingan dengan gaming phone yang lain, yang terbaru ialah Razer Phone 2 — Tawarkan Macam-Macam Seperti Kamera Lebih Baik, Skrin Lebih Mantap & Pencahayaan RGB.

Sumber: Kotaku

JomKomen!