in , ,

Horizon Zero Dawn Kini Telah Siap Pembangunannya, Bersedia Untuk Ke Dunia Robotik Akhir Bulan Ini

Saat yang dinantikan-nantikan telah tiba untuk kita memasuki ke dunia robotik serba baru!

Melalui beberapa tweet yang dikeluarkan oleh developer Guerrilla Games, mereka telah mendedahkan bahawa Horizon Zero Dawn telah siap sepenuh pembangunannya dan sudah bersedia untuk dicetak.

Pengarah game ini, Mathijs de Jonge telah memuatnaik gambar disk yang telah disiapkan dengan game tersebut, manakala pengarah pengurusan, Guerrilla Games, Hermen Hulst telah memuatnaik gambar ahli studio meraikan kejayaan mereka menyiapkan Horizon Zero Dawn.

Sekiranya anda ingin menyaksikan sistem combat yang lebih terperinci, anda boleh saksikan video terbaru di sini.

Horizon Zero Dawn antara game yang dinanti-nantikan untuk Februari ini. Game ini bakal diterbitkan pada 28 Februari 2017 khas untuk PlayStation 4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

For Honor Open Beta Akan Diadakan 9-12 Februari, Satu Game Mode Baru Ditambah

Hitman: The Complete First Season: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Hitman: The Complete First Season: Boleh Beli or Boleh Blah!?