in , ,

Horizon Zero Dawn Dijangka Terjual Sebanyak 8 Juta Unit, Menghampiri Kejayaan Uncharted 4 – Analisis

Sebuah lagi game eksklusif dari PlayStation yang akan menggegar dunia gaming.

Menurut analisis yang dikeluarkan oleh SuperData, Horizon Zero Dawn, sebuah game francais baru yang akan dilancarkan pada minggu hadapan, dijangka akan terjual sebanyak 8 juta unit sepanjang hayatnya. Ini menjadikan ia akan mampu mencipta kejayaan sebesar Uncharted 4 dan Metal Gear Solid.

Analisis ini turut menyatakan bahawa 6 juta unit Horizon Zero Dawn bakal terjual menjelang akhir tahun 2017. CEO SuperData, Joost van Dreunen berkata, markah-markah tinggi review yang diberikan oleh para pengkritik adalah elemen yang akan melonjakkan jualan game ini.

Sebelum pelancarannya pada minggu hadapan menjelma, anda boleh persiapkan diri dengan menonton 4 video terbaru ini.

Horizon Zero Dawn akan dilancarkan pada 28 Februari ini, eksklusif untuk PlayStation 4.

Sumber: Gamespot

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh Pelancaran NieR: Automata Di PC Diumumkan, 3 Hari Selepas Pelancaran Di PS4

Overwatch Memperkenalkan Karakter Terbaru - Dan Ianya Bukan Doomfist!

Overwatch Memperkenalkan Karakter Terbaru – Dan Ianya Bukan Doomfist!