Apakah rahsia tersembunyi yang menyebabkan Aloy dibuang keluar dari puak Nora?

Bila tak bermain game, saya suka merantau. Dari bermain ski di Turki, menyentuh sakura di Jepun, ke berpelukan dengan koala di Australia. Minggu nih, saya mengikuti satu pengembaraan safari pula.

Tapi safari yang ini berlainan sikit sebab semua haiwan adalah robot termasuk haiwan tunggangan. Busur, anak panah, dan pakaian dibuat dari sisa besi robot dan saya mengambil risiko akan diletup, ditampar, dan ditembak oleh robot.

Selamat datang ke Planet of the Machines.

Jom kita pergi mengembara dalam review Horizon Zero Dawn: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Horizon Zero Dawn (HZD) dibina dengan game engine Decima, hasil dari syarikat Guerilla Games, yang juga telah digunakan untuk beberapa game lain yang sangat ketara seperti Killzone Shadow Fall, Until Dawn, dan game yang akan datang dari syarikat Kojima Productions, Death Stranding. Guerilla Games, syarikat lebih terkenal dengan siri game Killzone, telah membangunkan HZD sebagai game single-player eksklusif untuk PlayStation 4 dan ianya telah dikhabarkan sebagai pesaing untuk anugerah game-of-the-year tahun ini.

Alkisah Bumi Bukan Lagi Milik Kita

Dipandang hina oleh orang ramai, Aloy adalah seorang gadis suku kaum yang berazam untuk berjaya dalam pertandingan The Proving, sebuah acara tahunan diadakan oleh puak Nora. Tetapi satu malapetaka telah menimpa lembah Embrace dan robot dinosaur liar yang dulunya pasif tiba-tiba menjadi ganas dan kerap menyerang manusia tanpa sebab.

Apakah rahsia tersembunyi yang menyebabkan Aloy dibuang keluar dari puak Nora?

Semua petanda seakan-akan menunjuk balik pada Aloy. Dengan itu, dia melalui perjalanan yang jauh ke kawasan-kawasan belum diterokai demi menyelamatkan kampungnya dan mengembalikan keamanan untuk umat manusia dan mesin. Usaha tersebut membawa Aloy ke beberapa lokasi menarik dan masyarakat unik; dari gunung-ganang tanah suci puak Nora, ke dataran padang pasir negara Carja, ke pondok dan bengkel besi komuniti Oseram, ataupun ke kem-kem tersembunyi rakyat Banuk. Dan jika korang seorang penjelajah yang berani, masuklah ke beberapa kawasan misteri peninggalan zaman silam.

Bandaraya Meridian adalah sangat jauh berbeza dari perkampungan puak Nora.

Seperti mana-mana game open-world RPG, dunia HZD berselerak dengan pelbagai misi sidequests dan barang carian collectibles. Di beberapa sudut tempat mestinya adanya seorang karakter meminta membuat kerja yang hanya saya sahaja boleh lakukan. Entahlah mengapa semua asyik minta pertolongan dari saya sahaja, tapi mungkin sebab hanya Aloy mempunyai gadget istimewa Focus yang banyak menolongnya dalam pelbagai jenis keadaan, sama ada hendak membuat siasatan CSI ataupun semasa memburu untuk sumber bahan.

Aloy menggunakan alat zaman silam Focus untuk memburu robot Grazers.

Alat teknologi zaman silam, Focus banyak digunakan oleh Aloy. Antara ciri penting dimana saya menggunakan alat menyerupai Bluetooth ini adalah apabila mengesan spesis dan gerak-geri robot. Focus juga menunjukkan tanda-tanda kelemahan pada struktur badan robot. Ini merupakan sasaran utama untuk kerosakan tinggi jika korang boleh memanah dengan tepat. Badan robot berperisai besi, tambah-tambah lagi kalau robot tuh dilengkap dengan senjata pulak! Kena tahu semua ini, kalau nak mendapatkan buruan dengan loot yang lumayan. Lagi-lagi kalau dapat loot yang jatuh dari langit!

Cabaran Robot Buruan Untuk Semua

Ada bermacam-macam jenis robot binatang berkeliaran di dunia HZD. Hanya dengan busur, tombak dan beberapa lagi senjata yang akan dijumpai, ia memang senang untuk memainkan peranan seorang pemburu primitif. Dari robot rusa bertanduk Grazer yang lari apabila diancam, atau robot buaya Snapmaw yang berenang dengan malas, banyak robot menyerupai atau meniru sifat tingkah laku haiwan semulajadi.

Alat Override boleh merasuk robot untuk dijadikan rakan pejuang atau kenderaan kuda.

Ada pada sewaktu masa saya ingin mendapatkan sumber bahan yang penting (Trampler’s Heart), tetapi karakter saya masih lemah untuk berlawan dengan sekumpulan robot kerbau besi yang besar. Dengan mengunakan alat Override, dengan senyap-senyap saya dapat merasuk seekor kerbau besi dan beredar ke tempat selamat sambil memerhati kerbau saya menjadi ganas dan menyerang keluarganya sendiri sampai mati (ya, saya seorang sadist).

Malangnya, beberapa robot burung yang tertarik dengan pertempuran ini muncul dan dengan cepatnya dapat membaham bangkai robot kerbau! Rugilah kalau lambat, bahan yang saya carikan sudah dimakan, aduuuh…

Setiap robot adalah unik dari cara gerak-gerinya dan jenis senjata yang ada diatas badannya.

Yang menariknya, setiap spesis mempunyai senjata unik untuk digunakan di antara satu sama lain. Contohnya robot Watcher yang berkaki dua. Ia adalah robot paling lemah tetapi boleh meletupkan cahaya terang yang mengelirukan penglihatan. Robot Longleg juga berkaki dua tetapi ia merupai ayam besar, berbadan besar, dan boleh mengesan tempat korang sembunyi. Robot burung Stormbird pulak bukan sahaja mematuk dengan ganas tetapi juga ada kuasa tembakan elektrik.

Ini dan beberapa lagi robot yang berkaki empat, yang berenang, yang berterbangan, yang berbadan besar, dan lain-lain lagi saya terjumpa dan boleh berinteraksi (tembak ratusan panah), serta beberapa yang berbentuk di luar dugaan! Pastikanlah korang sentiasa mengambil perhatian terhadap persekitaraan korang.

Indahnya Dunia Horizon Zero Dawn

Salah satu aspek banyak dipuji dalam Horizon Zero Dawn adalah dunianya yang sangat indah dan terperinci. Guerilla Games memang tahu memikat generasi bersosial media! Untuk gamers yang rehat sekejap dari sesi tembak-menembak, HZD mempunyai fungsi Photo Mode.

Sumber: BunnyTeam.Net Gaming Group
Sumber: BunnyTeam.Net Gaming Group

JomJenguk: Album Foto Facebook JomGaming: Horizon Zero Dawn Photo Mode!

Beberapa Isu Dalam Sistem

Sukar untuk dipercaya, tetapi ya, ada juga beberapa perkara yang agak sikit tidak memuaskan bagi saya dalam HZD, selain dari beberapa isu bugs.

Antaranya adalah bila saya hendak membeli barang keperluan dengan UI pembelian. Saya hanya boleh membeli satu item dalam satu transaksi dan ini mengambil banyak masa apabila saya perlu membeli jumlah yang banyak, asyik kena tekan butang ‘O’ sampai cukup. Mungkin ini pekara kecil di permulaan game, tetapi bila sumber bahan di persekitaran luar semakin kurang dan makin banyak robot besar perlu ditumpas, ia boleh terasa menjengkelkan.

Simpan tak nak, bazir pun tak nak. Jual je lah semua nih!

Bila dbandingkan dengan memburu robot dinosaur gergasi, misi-misi dimana saya perlu bertarung dengan musuh manusia di beberapa kem-kem penjenayah atau kubu puak kaum Shadow Carja tidak memberi pandangan atau pengalaman istimewa. Banyak kali modus operandi saya adalah masuk secara senyap, sorok dalam semak, bersiul sikit supaya musuh mencari saya, dan tikam sekali untuk mereka mati. Ulang sampai menang. Peerrgghh bosan!

Keputusan: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Selain dari misi dengan musuh manusia, saya tidak boleh asyik melekat pada strategi stealth sepanjang masa bermain game Horizon Zero Dawn. Untuk mengelakkan diri dari diburu oleh robot yang ganas, bukan saja perlu memanah dengan tepat, tetapi juga mengunakan mana-mana kesempatan yang ada di persekitaran. Contohnya pokok balak hutan boleh mengurangkan kesan letupan atau menghalang tembakan laser. Semakin saya maju ke pengembaraan jalan cerita, semakin besar robot yang ditemui, dan semakin sukar mencari bahan keperluan.

Guerilla Games bukan sahaja telah mencipta sebuah dunia sci-fi post-apocalypse yang dijajahi penuh oleh dinosaur besi sehingga kaum manusia terjatuh ke zaman purba dan berpecah pada masyarakat dan agama sendiri. Game ini, secara terperinci, adalah satu kemenangan dari aspek naratif yang beremosi perikemanusiaan; perjalanan seorang wirawati terasing yang sedang mencari kebenaran diri, dunia, dan nasib untuk masa depan.

Pertempuran dengan musuh AI manusia agak membosankan; lawan cara melee terlalu ringkas.
Beberapa isu bugs yang timbul seperti cutscene tidak berjalan atau pintu gerbang tidak dibuka.
 Beberapa pilihan dari aspek UI yang melambatkan  – contohnya pembelian satu barang sahaja dalam satu transaksi. Tekan ‘O’ sampai pengsan kalau nak beli banyak barang!

+ Gabungan pelbagai aspek open-world yang dikenali dalam satu reka bentuk konsep yang rasa original dan bertenaga.
+ Jalan cerita yang menarik dengan dialog yang ekspresif; sidequest pun adalah cerita yang unik.
+ Dunia Horizon Zero Down yang unik – makhluk robot, rekaan watak dan backstory yang mendalam.
+ Photo Mode! Boleh berjam-jam cuba mencari gambar dan filter terbaik.

JomKomen!