in , , ,

Horizon Zero Dawn: 4 Video Terbaru Ini Adalah Persediaan Anda Sebelum Pelancaran

4 buah video yang pasti akan membuat anda semakin tidak sabar untuk memainkan game terbaru daripada Guerrilla Games ini.

Video di bawah memperkenalkan bagaimana Aloy bebas bereksplorasi dalam dunia Horizon Zero Dawn yang cukup luas. Aloy akan menjelajah ke pelbagai lokasi, mencari artifak dan menemui pelbagai misteri-misteri purba semasa perjalanan ini.

Video di bawah ini pula memperlihatkan apakah Machines yang bakal para pemain temui dan hadapi sepanjang memainkan game ini. Ada yang tidak berbahaya, dan semestinya, ada juga yang perlu ditentang.

Keupayaan menjejak yang dimiliki Aloy turut diperlihatkan semasa combat yang dilakukannya. Anda boleh saksikannya di bawah.

Video di bawah ini pula, lebih memfokuskan kepada Aloy itu sendiri, iaitu watak utama yang bakal gamers mainkan dalam Horizon Zero Dawn. Ia turut menunjukkan serba sedikit bagaimana Aloy menjejak kisah-kisah waktu lampaunya.

Guerrilla Games juga telah menerbitkan beberapa video untuk memerkenalkan musuh-musuh yang bakal dihadapi pemain seperti Stormbird dan Behemoth.

Horizon Zero Dawn akan dilancarkan pada 28 Februari ini, eksklusif untuk PlayStation 4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Director Yoko Taro Bergurau Dalam Video Pre-Order Nier: Automata

Director Yoko Taro Bergurau Dalam Video Pre-Order Nier: Automata

PewDiePie Mohon Maaf, Berkata Beliau Menjadi Sasaran Media

PewDiePie Mohon Maaf, Berkata Beliau Menjadi Sasaran Media