Minggu lalu, dalam acara digital pertama PS5, sekuel kepada Horizon Zero Dawn, Horizon Forbidden West telah diperlihatkan buat kali pertama melalui satu trailer sinematik.
Terbaharu, Sony dan Guerrilla Games telah mengeluarkan sekali lagi trailer tersebut, namun kali ini disertakan sekali dengan ulasan daripada pengarahnya, Mathijs de Jonge yang memperkenalkan serba sedikit tentang sekuel ini.
Beliau memulakan penerangan dengan menyebutkan tentang teknologi SSD PS5 yang akan membuatkan game ini “secara mayanya tidak akan ada skrin loading”. Setiap kali menghidupkan game ini, pemain akan terus disajikan dengan aksi yang telah ditinggalkan sebelum ini.
Kemudian, de Jonge memperkenalkan gambaran apakah yang bakal ditampilkan dalam game ini nanti — antaranya seperti haiwan-mesin yang lebih banyak dan berbahaya, lebih banyak puak-puak baharu (yang peramah dan berbahaya), serta map yang akan merentasi ke arah barat Amerika sehingga Lautan Pasifik, seterusnya membawa lebih banyak gameplay di permukaan dan dasar laut.
Akhir sekali, beliau mendedahkan yang Horizon Forbidden West disasarkan tarikh pelancarannya pada tahun 2021. Dalam erti kata lain, Horizon Forbidden West bukanlah game sedia ada semasa hari pertama pelancaran PS5 kelak pada hujung tahun 2020.
Korang boleh dengarkan ulasan dan penjelasan Mathijs de Jonge melalui video di bawah:
Comments
Loading…