in ,

Horizon Forbidden West Dilaporkan Ditunda Pelancarannya Ke Suku Pertama 2022

Sony dan Guerrilla Games tidak pernah menyatakan secara tepat bilakah Horizon Forbidden West akan dilancarkan, selain hanya mengatakan ia bakal hadir pada penghujung tahun 2021.

Walau bagaimanapun, menurut beberapa laporan terkini, game sekuel itu dikatakan sudah ditunda tarikh pelancarannya ke suku pertama tahun 2022.

Laporan ini hadir dari dua sumber. Pertama, ia datang dari Jeff Grubb, wartawan dari GamesBeat yang bercakap dalam rancangan Giant Bomb.

Grubb menyatakan yang beliau ada mendengar dari satu sumber bahawa Guerrilla telah menangguhkan pelancaran game open-world itu ke tahun hadapan, berkemungkinan akan mengumumkan perkara itu dalam satu acara secara langsung sekitar September.

Laporan kedua pula dilaporkan oleh Jason Schreier dari Bloomberg. Schreier lebih yakin dalam melaporkan berita ini. Beliau berkata penundaan tarikh pelancaran ini “sudah dimuktamadkan” oleh Sony, sambil menyatakan yang waktu pelancaran baharu kini adalah pada suku pertama 2022.

Sekiranya laporan ini adalah sahih, ia sesuatu yang tidak mengejutkan apabila melihat trend game-game AAA masakini yang tidak berani untuk dilancarkan sehingga ia benar-benar cukup ramuannya.

Lebih-lebih lagi memandangkan 2020 dan 2021 merupakan tahun yang cukup mencabar untuk para pembangun yang terpaksa bekerja dari rumah, mengakibatkan proses pembangunan tidak dijalankan dengan begitu lancar.

Jeff Grubb dan Jason Schreier cukup dikenali sebagai wartawan gaming yang yang mempunyai sumber berita yang cukup kukuh. Apa-apa pun kita nantikan saja sebarang pengumuman rasmi daripada Sony dan Guerrilla.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EA Sports Memperlihatkan Trailer Gameplay Rasmi Untuk FIFA 22

SEKIRO: SHADOWS DIE TWICE: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

Pemain Ini Habiskan Sekiro: Shadows Die Twice Sambil Menutup Mata Dengan Kain