in ,

Horizon Forbidden West Dan Spider-Man: Miles Morales Akan Turut Dilancarkan Ke PS4

Secara logiknya, Sony akan menggunakan senjata ampuhnya, iaitu game-game eksklusif, untuk menarik para pemain membeli PS5 pada hari pertama pelancaran konsol tersebut.

Sebelum ini, kita fikirkan bahawa tiga game utama PS5 yang pernah diumumkan sebelum ini — Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Sackboy A Big Adventure, dan Horizon Forbidden West — hanya akan dilancarkan ke PS5 secara eksklusif bagi menarik pemain untuk membeli PS5 seawal mungkin. Namun, sebaliknya berlaku kerana ketiga-tiga ini telah diumumkan akan turut dilancarkan ke PS4.

Perkara ini didedahkan dalam satu kenyataan baharu di PlayStation Blog. Sony turut mengumumkan yang game-game ini akan disediakan dengan naiktaraf percuma. Bermakna, pemain yang membelinya di PS4, akan mendapat versi PS5 secara percuma.

“Dalam masa ketiga-tiga game ini direka untuk menggunakan fungsi unik gen-seterusnya PS5 seperti kelajuan pantas SSD dan controller DualSense, pemilik PS4 juga akan boleh menikmati game-game ini apabila ia dilancarkan,” kata Sony.

Ketika bercakap dengan Washington Post, CEO PlayStation, Jim Ryan telah memberi respon kepada para peminat yang risau tentang pendekatan ini. Ryan menyatakan yang pendekatan ini adalah sesuatu yang bagus kerana versi PS5 untuk ketiga-tiga game ini dibangunkan dari kosong dengan menggunakan fungsi PS5. Dalam kata lain, peminat tidak perlu bimbang sekiranya game-game ini tidak mencapai kualiti sebenar PS5 kerana terpaksa memikirkan hardware lama PS4, sebaliknya game-game ini sememangnya dibangunkan khas untuk PS5.

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales dan Sackboy A Big Adventure akan dilancarkan serentak dengan pelancaran PS5 iaitu pada 12 November, manakala Horizon Forbidden West masih belum mempunyai tarikh pelancaran.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital

Sony Sahkan Game PS5 Mereka Akan Ada Kenaikan Harga, Mungkin Cecah RM300

99% Game PS4 Akan Boleh Dimainkan Di PS5, Kata Bos PlayStation