in ,

Horizon Forbidden West Dan Banyak Lagi Akan Masuk PlayStation Plus Game Catalog Bulan Ini

Sony telah mengumumkan senarai game yang akan masuk ke dalam Game Catalog untuk bulan Februari.

Senarai game ini tentunya akan menggembirakan para pelanggan PlayStation Plus Extra dan Deluxe kerana ia menampilkan pelbagai game yang menarik.

Game terbesar yang menjadi bualan ramai tentunya adalah Horizon Forbidden West, sekuel Horizon Zero Dawn yang dilancarkan Guerrilla Games tepat setahun yang lalu, iaitu Februari 2022.

Berikut ialah senarai penuh game yang akan masuk ke dalam Game Catalog bermula 21 Februari ini:

  • Horizon Forbidden West
  • The Quarry
  • Resident Evil 7 biohazard
  • Outriders
  • Scarlet Nexus
  • Borderlands 3
  • Tekken 7
  • Ace Combat 7: Skies Unknown
  • Earth Defense Force 5
  • Oninaki
  • Lost Sphear
  • I am Setsuna
  • The Forgotten City

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hogwarts Legacy: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Football Manager 2023 Console (PS5): Boleh Beli or Boleh Blah!?