in ,

Horizon Forbidden West Akan Dilancarkan Pada Februari 2022, Pra-Tempah Bermula Minggu Hadapan

Ura-ura tentang penundaan tarikh pelancaran Horizon Forbidden West nampaknya adalah benar.

Horizon Forbidden West tidak lagi akan dilancarkan pada hujung tahun ini, sebaliknya telah ditunda ke awal tahun hadapan.

Tarikh pelancaran baharu Horizon Forbidden West kini adalah pada 18 Februari 2022.

Berita ini diumumkan Guerrilla Games di PlayStation Blog. Tentunya, penangguhan ini disebabkan oleh pandemik yang sedang melanda dunia ketika ini, di mana para pekerja mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan protokol dan cabaran baharu serta mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan sosial, ujar Pengarah Game, Mathijs de Jonge.

Pra-tempah untuk sekuel ini akan bermula pada 2 September. Mereka akan berkongsikan butiran penuh tentang pra-tempah pada minggu hadapan.

Dalam kenyataan yang sama, Guerrilla turut mengumumkan Enhanced Performance Patch untuk Horizon Zero Dawn — satu kemaskini percuma yang akan membenarkan game pertama itu dimainkan dalam 60 FPS.

Bagi yang belum menyaksikannya, boleh tonton 19 minit gameplay Horizon Forbidden West yang mengagumkan di sini.

Sekali lagi, Horizon Forbidden West akan dilancarkan pada 18 Februari 2022 untuk PS5 dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Review The Witcher: Nightmare of the Wolf – Prekuel Yang Bermakna Untuk Netflix Kembangkan Lagi Dunianya

Genshin Impact: Trailer Teaser Aloy, Genshin Concert 2021: Melodies Of An Endless Journey Dijadualkan Pada 3 Oktober