Seperti dijanjikan minggu lalu, pra-tempah untuk Horizon Forbidden West kini sudah dibuka, dan Sony telah mendedahkan apakah edisi-edisi yang ada untuk sekuel yang dinantikan ramai itu.
Apa yang membuatkan sesetengah pemain kurang senang dengan model bisnes Sony adalah ketiadaan naik taraf percuma dari versi PS4 ke versi PS5 untuk semua edisi.
Dalam kata lain, ada edisi yang memberikan kedua-dua versi PS4/PS5, serta ada juga ada edisi yang memberikan hanya salah satu edisi. Tentunya, edisi yang memberikan kedua-dua edisi mengenakan harga yang lebih tinggi.
Secara ringkasnya, setakat ini, Horizon Forbidden West mempunyai tujuh edisi berbeza, iaitu:
- Standard Edition (PS4) — RM249 (pautan)
- Standard Edition (PS5) — RM299 (pautan)
- Digital Deluxe Edition (PS4/PS5) — RM339 (pautan)
- Special Edition (PS4)
- Special Edition (PS5)
- Collector’s Edition (PS4/PS5)
- Regalla Edition (PS4/PS5)




Ketika artikel ini ditulis, PlayStation Asia hanya mengumumkan harga untuk edisi-edisi digital sahaja, dan masih belum mengumumkan harga untuk edisi-edisi fizikal (seperti tertera dalam senarai di atas).
Untuk melihat dengan lebih terperinci apakah item-item (dalam game dan barangan fizikal) yang terdapat dalam setiap edisi ini, korang boleh lihatnya di PlayStation Blog.
Horizon Forbidden West akan dilancarkan pada 18 Februari 2022 untuk PS5 dan PS4.
Comments
Loading…