in , , ,

‘Horizon 2074’ Mungkin Judul Siri TV Horizon Di Netflix, Merentasi 2 Susur Masa Berbeza

Bulan lalu, Sony telah mengesahkan yang siri televisyen adaptasi daripada francais Horizon sedang dibangunkan, dan bakal ditayangkan di platform Netflix.

Terkini, terdapat satu laporan yang muncul, melaporkan beberapa butiran baharu mengenai projek tersebut.

‘Horizon 2074’ dikatakan adalah judul siri tv itu. Ia juga dikhabarkan akan membawakan jalan cerita yang merentasi dua susur masa berbeza.

Bagi yang belum pernah bermain Horizon Zero Dawn dan sekuelnya Horizon Forbidden West, latar masa utama yang digunakan francais ini adalah kira-kira 1000 tahun selepas keruntuhan peradaban manusia terdahulu. Satu apokalips telah berlaku sekitar tahun 2070-an, dan pemain bermain dalam latar masa satu kurun selepas peristiwa itu.

Oleh itu, daripada judul yang diketahui ini, iaitu Horizon 2074, siri tv itu mungkin akan turut memaparkan bagaimana apokalips itu berlaku pada tahun tersebut.

Laporan ini hadir daripada wartawan terkenal, Jeff Grubb, yang turut menemui barisan kru balik tabir yang akan menjayakan projek ini di laman web Directors Guild of Canada.

Menurut VGC, antara nama besar yang ada dalam senarai ini adalah Jack Boem (The Boys, Resident Evil: Welcome to Raccoon City) dan Michele Brady (The Expanse, Saw 2).

Grubb turut menyatakan yang siri tv ini bukanlah remake atau reboot kepada game asal, tetapi lebih kepada penceritaan dalam universe yang sama dengan game, yang akan menjelaskan beberapa elemen yang terjadi dalam game.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Open-World Gaya Wuxia Terbaharu Dari Tencent Menggunakan Unreal Engine 5 – Code: To Jin Yong

Saksikan Trailer Pelancaran F1 22 – Mulakan Era Baharu Pada 1 Julai Ini