Untuk spesifikasi gaming tiptop sebegini – RM1249 ni murah la der…
Semalam Honor telah mengumumkan Honor Play – smartphone yang direka bagi gamers dan mobile gaming!
Apa yang buat kitorang tertarik pada pandangan pertama adalah designnya yang slim dengan skrin 6.3 inci dengan ratio screen-to-body 83.0% dan rekaan metal casing yang terasa padat. Kemasan binaannya dari rona warna Ultra Violet/Navy Blue serta berat 176g berbanding keselesaan dalam genggaman harus kitorang puji!
Bercakap pasal skrin, Honor Play hadir dengan IPS LCD touchscreen yang boleh memaparkan 16 juta warna pada resolusi 1080 x 2340 pixels – lebih kurang 409 ppi. Sebagai perbandingan Samsung Galaxy S9 hadir dengan paparan 529 ppi. Namun begitu pixel density Honor Play kelihatan sudah cukup mengagumkan.
Paling dibanggakan Honor Play semalam adalah kehadiran processor Huawei Kirin 970 10nm dengan 4x Cortex A73 2.36GHz + 4x Cortex A53 1.8GHz. Processor 64bit octa-core ini seringkali dibanding dengan Qualcomm Snapdragon 845 – processor high-end kebanyakan smartphone masakini. Dalam satu artikel WCCFTECH, Kirin 970 mengatasi Snapdragon 845 dalam beberapa ujian benchmark – tak banyak, tapi dengan tawaran harga Honor Play, ini mungkin menjadi deal-breaker.
Dengan processor power bagi smartphone dibangunkan untuk gaming – Honor Play turut hadir dengan beberapa ciri yang mengagumkan. Paling menarik adalah ciri dipanggil 4D Gaming Experience with Smart Shock – atau nama lainnya sistem vibration yang menggegarkan Honor Play mengikut profail senjata dan situasi di dalam game!
Sistem GPU Turbo juga turut dicanang semalam sebagai teknologi pacuan pemprosesan grafik hardware-software terintegrasi. Pendek kata, teknologi ini meningkatkan efficiency pemprosesan grafik sehingga 60%, mengurangkan penggunaan bateri sehingga 30% serta menghasilkan framerate yang lebih baik!
Turut gempak adalah ciri 3D surround audio yang melontarkan bunyian game pada 7.1 virtual channel Histen yang boleh disokong oleh penggunaan earphone dan headphone dengan kesan 3D stereo! Best bagi player shooter mobile seberti PUBG Mobile, Fortnite Android (yang baru leak), Free Fire, ROS, dan sebagainya.
Ciri lain yang seharusnya diberi perhatian adalah bateri 3,750mAh yang mampu bertahan 1.5 hari penggunaan berat serta standby time selama 16 hari – walaupun sejujurnya, siapa aje yang biarkan smartphone dia bercaj tanpa dipakai selama 16 hari?
Honor Play mempunyai charging port USB Type-C dan audio jack 3.5mm. Bagi aspek kamera pula, ianya hadir dengan kamera depan 16MP dan kamera belakang 2MP. Sejujurnya kamera secukup rasa bagi smartphone dibina khusus untuk gaming.
Honor Play akan mula dibuka untuk preorder pada harga RM1,249 dari sekarang sehingga 9 Ogos dan akan mula terjual bermula 10 Ogos ini.
Semalam Honor telah mengumumkan Honor Play – smartphone yang direka bagi gamers dan mobile gaming! Jom layan gambar-gambar acara ni.Artikel jomgaming.my/LwQgO
Posted by JomGaming on Selasa, 7 Ogos 2018
Comments
Loading…