in ,

Honor of Kings: World Diumumkan, Open-World RPG Berdasarkan Game Mobile MOBA Popular

Tencent Games telah mengumumkan Honor of Kings: World, sebuah game open-world action RPG berdasarkan game mobile yang cukup popular, Honor of Kings.

Dibangunkan oleh TiMi Studio, Honor of Kings: World mempunyai perancangan untuk dilancarkan di pelbagai platform, namun belum lagi mendedahkan secara spesifik di platform mana, lapor Gematsu.

Game ini sedang dibangunkan dengan kerjasama penulis sains-fiksyen, Liu Cixin, terkenal dengan karya The Three-Body Problem, untuk membawakan budaya dan nilai estetik Cina yang unik.

Jom layan trailer pertama yang cukup memukau ini:

Honor of Kings merupakan sebuah game mobile MOBA yang cukup popular di iOS dan Android. Game ini dikatakan game pertama di dunia yang berjaya mengumpulkan purata 100 juta pemain aktif harian, serta merupakan salah satu game yang menjana pendapatan paling tinggi dalam sejarah.

Buat masa ini, Honor of Kings: World masih belum ada tarikh pelancaran.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Roblox Kini Boleh Dimainkan Setelah 3 Hari Mengalami Masalah

Mission Foods Umum Kerjasama Dengan Yoodo Untuk PUBG Mobile Campus Championship 2021