in , , , ,

Hogwarts Legacy Tetap Di Tangga Teratas Steam Wishlist Walau Dipalit Kontroversi

Walaupun dengan kontroversi yang berlegar di Hogwarts Legacy, game itu berjaya mencapai tangga teratas dalam carta Steam Wishlist.

Hogwarts Legacy berlatarbelakangkan pada tahun 1800 di mana pemain akan mengawal pelajar baru di Hogwarts yang perlu menyiasat dan hentikan konspirasi yang berlegar di akademi itu.

Pemain boleh mengubah suai karakter dan memilih rumah pilihan sendiri untuk menetap. Bukan itu sahaja, pemain boleh juga terokai dunia open world, belajar combat, dan pergi ke kelas.

Carta Steam Wishlist pada minggu ini menunjukkan Hogwarts Legacy berada di tempat pertama. Mempunyai lebih daripada 252,527 pengikut di Steam Wishlist dengan The Day Before berada di tempat kedua. Ia juga berada di tempat keempat dalam senarai game yang paling banyak dibeli di Steam untuk pra-tempah.

Walaupun dengan kenyataan kontroversi yang dibuat oleh penulis novel asal Harry Potter, J. K. Rowling. Warner Brothers dan pembangun Avalanche telah jelaskan dalam kenyataan bahawa J. K. Rowling tidak terlibat dalam pembikinan game ini selain menggunakan IP asalnya.

Kedua-dua pihak juga menegaskan bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan pendapat penulis novel itu. Walau bagaimanapun, J. K. Rowling masih mendapat royaliti dari hasil jualan game.

Satu lagi kontroversi kecil datang dari kes Troy Leavitt yang merupakan senior dalam produksi game. Leavitt dipanggil kerana pandangannya yang berbaur menyinggung perasaan di mana beliau kritik isu-isu mengenai feminism dan keadilan sosial di channel YouTube miliknya.

Perkara itu menyebabkan Leavitt meninggalkan Avalanche Studios tapi menjelaskan perletakan jawatannya tiada kaitan dengan kontroversi tersebut.

Hogwarts Legacy akan dilancarkan pada 10 Februari untuk PC, PS5, Xbox Series; 4 April untuk PS4 dan Xbox One; dan 25 Julai untuk Nintendo Switch.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply
  1. I think this is one of the most significant information for me. And i’m glad reading your article. But should remark on some general things, The web site style is wonderful, the articles is really excellentD. Good job, cheers adegdedacbfbBonjour Karine,Moi je ne conseille pas les voyages de ce type car si c’est attractif c’est parce que souvent l’hôtel est mal situé et vous allez devoir prendre le taxi à chaque fois! Lisez mon article « où dormir à Rome« . Et sinon je vous conseille le Rome Tourist Pass

JomKomen!

Loading…

0

Pandang Pertama Filem Gran Turismo

Saksikan Mod Bella Ramsey Sebagai Ellie Dalam Game The Last of Us