Semasa ia dilancarkan, Hogwarts Legacy berjaya meraih seramai 1.2 juta penonton di Twitch. Kini, game ini berjaya memecah satu lagi rekod.
Hogwarts Legacy berjaya memecah rekod dengan mencapai jumlah pemain serentak seramai 850 ribu di Steam.

Bukan itu sahaja, ia juga berada di tangga kelapan sebagai game yang berjaya meraih jumlah pemain tertinggi bagi kategori pelbagai genre, tempat kelima sebagai game berbayar terbesar dan tangga kedua sebagai game single-player terbesar.
Perlu diingatkan ini tidak termasuk dengan jumlah pemain di PS5 dan Xbox X/S.
Adakah Hogwarts Legacy akan berjaya meraih 1 juta pemain serentak di Steam?
Comments
Loading…