in , , ,

Hogwarts Legacy Kini Game Single-Player Paling Ramai Ditonton Di Twitch

Avalanche Software telah mendedahkan bahawa Hogwarts Legacy merupakan game single-player yang ramai ditonton di Twitch.

Penstriman di platform Twitch pada 7 Februari lalu antara Avalanche dan ramai lagi streamers telah berjaya menarik seramai 1.28 juta penonton semasa pelancaran Early Access. Ini meletakkan Hogwarts Legacy di tangga pertama sebagai game single-player yang paling ramai ditonton.

Terdapat faktor lain juga kepada jumlah penonton tersebut seperti ganjaran eksklusif pakaian Merlin’s Cloak yang hanya boleh didapati menerusi Twitch drops dengan menonton stream Early Access oleh Avalanche.

Ada 4 ganjaran yang diberikan kepada penonton dengan menonton streamer yang menyertai Twitch drops tersebut. Korang boleh dapatkan kesemua ganjaran sehingga 24 Februari untuk mendapatkan Silver Dragon-eyed Spectacles, Urchin Hat, Carmine Lightning Bolt Scarf, dan Lilac Ensemble outfit. Malah terdapat juga ganjaran tambahan jika pemain hubung ke akaun Harry Potter Fan Club.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game-Game PC Game Pass Februari 2023 – Shadow Warrior 3, Atomic Heart, Madden NFL 23

Hogwarts Legacy: Game Aksi RPG Dalam Dunia Harry Potter Era 1800-an

Hogwarts Legacy Pecah Rekod 850 Ribu Pemain Serentak Di Steam