Antara game baharu yang didedahkan semasa acara digital PS5 awal pagi tadi ialah Hogwarts Legacy — sebuah game berlatarbelakangkan universe Harry Potter.
Warner Bros. menggambarkan Hogwarts Legacy sebagai sebuah game bergenre open-world, single-player, aksi RPG, dalam dunia ahli sihir pada era 1800-an. Antara aktiviti yang bakal pemain lakukan dalam game ini ialah mengembangkan abiliti-abiliti magik dengan memahirkan jampi-jampi, mencipta posyen dan menjinakkan raksasa-raksasa hebat.
Game ini turut akan membawakan beberapa lokasi terkenal seperti Forbidden Forest dan Hogsmeade Village.
Tiada tarikh tepat diumumkan, namun mereka menyatakan yang Hogwarts Legacy akan dilancarkan pada tahun 2021 untuk PC, PS5, PS4, Xbox One, dan Xbox Series X/Series S
Jom layan trailer sinematik ini:
Comments
Loading…