in , , , , , ,

Hitman: The Complete First Season: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Keluaran terbaru IO Interactive ini telah berjaya membawa siri Hitman ke satu tahap yang lebih tinggi; umpama Hitman: Blood Money dengan upgrade dari pelbagai ciri.

Siri Hitman telah pun bermula pada tahun 2000 dan merupakan sebuah video game yang eksklusif di PC. Kini, siri ini telah berjaya menyelinap ke pelbagai platform seperti konsol dan termasuklah telefon pintar seperti iOS dan Android.

Apa kisah Agent 47 dalam Hitman: The Complete First Season?

Sepanjang 16 tahun ini, penceritaan bukanlah kekuatan utama siri Hitman dan ini jelas dalam Hitman: The Complete First Season. Siri ini akan membawa pemain melihat bagaimana Agent 47 memulakan khidmat bersama International Contracts Agency (ICA) sebagai pembunuh upahan dan berjumpa pertama kalinya dengan Diana Burnwood, seorang pengendali misi-misi untuk pembunuh upahan tegar ini.

Pada awalnya, kelihatan setiap upahan untuk membunuh kelihatan seperti biasa tetapi Diana Burnwoord berjaya menghidu sesuatu yang pelik dalam tugasan-tugasan yang diterima. Di samping melakukan pembunuhan, Agent 47 kini perlu mencari bukti-bukti kaitan antara tugasan dan kemungkinan nyawa mereka berdua kini semakin terancam.

Bagaimana pula gameplay-nya kali ini?

Bukanlah suatu perkara yang mengejutkan jika kesemua objektif dalam Hitman: The Complete First Season ini adalah untuk membunuh target yang diberi. Namun begitu, ia bukanlah suatu yang negatif kerana pemain akan berpeluang untuk melakukannya dalam pelbagai cara; dari senjata api hinggalah ke pemadam api.

Untuk mencapai objektif-objektif ini, Agent 47 boleh mengambil pakaian-pakaian daripada NPC atau yang dijumpai untuk menyamar. Setiap penyamaran ini mempunyai kelebihan yang unik dan tersendiri. Sebagai contoh, pembantu rumah akan mempunyai akses untuk memasuki bilik ke bilik tetapi sebagai pegawai keselamatan, anda akan mempunyai akses yang lebih meluas.

Bagi mereka yang baru saja ingin mencuba siri Hitman, siri kali ini menyediakan sebuah sistem bantuan yang dikenali sebagai Oppotunities. Ini akan memberikan tips dan info kepada pemain untuk apa yang boleh dilakukan bagi memberikan peluang untuk melakukan pembunuhan yang terancang. Veteran-veteran siri ini merasakan perkara ini terlalu mudah dan ciri ini boleh dimatikan dalam menu configuration.

Dengan memilih tempat-tempat yang pelbagai seperti Paris, Marrakesh atau pun Bangkok, IO Interactive berjaya memberi variasi dan kepelbagaian dalam rekaan level. Setiap level telah direka supaya boleh diterokai dan diungkai dengan pelbagai gaya dan teknik. Namun begitu, sedikit kekurangan dalam rekaan level dalam Hitman kali ini ialah tiada variasi dalam loghat atau slang oleh NPC, tak kira samada Agent 47 berada di Sepanyol mahu pun Jepun.

Berikut adalah sedikit rentetan gameplay bagi salah sebuah mission dalam Hitman: The Complete First Season.

Rasakan diri terbaik dunia? Bandingkan skill korang di dunia online!

Bagi mereka yang inginkan cabaran atau ingin membuktikan bahawa mereka adalah pembunuh bersiri terbaik dunia, fungsi-fungsi online seperti Challenge, Online Mission dan Leaderboard pasti suatu yang dialu-alukan.

Namun begitu, sedikit ganjil dalam rekaan online oleh IO Interactive kerana pemain tidak boleh menyambung misi-misi yang mula dimainkan secara online jika dalam keadaan offline dan begitu juga sebaliknya. Pihak studio masih enggan menerangkan mengapa pilihan yang menyusahkan ini dibuat hingga sekarang.

Keputusan – Boleh Beli or Boleh Blah!?

Hitman: The Complete First Season berjaya mengembalikan apa yang diingini oleh peminat-peminat siri ini mahukan. Dunia yang luas untuk diterokai dengan kepelbagaian cara untuk mencapai objektif, iaitu melakukan pembunuhan dengan berjaya. Walaupun mempunyai beberapa kelemahan seperti online mode yang menyusahkan, keluaran kali ini berjaya memberikan era baru buat siri Hitman. Semoga berjumpa lagi di musim ke-2.

+ Rekaan map yang luas untuk diterokai oleh pemain.
+ Peluang untuk melakukan pembunuhan yang tersangat pelbagai.
+ Dua ciri diatas menjadikan game ini sangat boleh diulang-main.

 Jalan cerita yang terlalu ringkas.
 Tiada variasi dalam loghat atau slang oleh NPC.
 Mode offline dan online yang ganjil dan sedikit menyusahkan.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Horizon Zero Dawn Kini Telah Siap Pembangunannya, Bersedia Untuk Ke Dunia Robotik Akhir Bulan Ini

Mass Effect: Andromeda Dijangka Akan Terjual Sebanyak 3 Juta Unit Pada Awal Penerbitan!