Sudah-sudah dengan beta The Division. Jom layan beta bersama abang botak berlabel barkod plak! Agent 47 kita bertemu kembali!
Pasti ramai sudah mengenali Agent 47, seorang pembunuh upahan ini. Bagi yang kurang mengetahui tentang siri Hitman, ia berkisar kisah Agent 47 yang merupakan pembunuh upahan terbaik dunia. Beliau merupakan adalah seorang klon dan biasanya diupah untuk melakukan pembunuhan tanpa meninggalkan sebarang bukti.
Bagaimana hendak dapatkan beta?
Caranya ialah dengan membuat pre-order game ini melalui:
- PlayStation 4: PSN Store Asia masih belum mempunyai pilihan untuk preorder Hitman.
- PC: Steam Store Page (RM 48.00/RM 190.00).
Berapa saiz beta ini?
Pihak developer menyatakan saiz untuk PS4 beta adalah 4.7 GB dan PC juga dijangka bakal mempunyai saiz yang hampir sama.
Bila beta ini bermula?
PS4 beta dijadualkan bermula pada 13hb Februari pada pukul 12.00 pagi.
PC beta pula dijadualkan bermula 19hb Februari pada pukul 2.00 pagi.
Comments
Loading…