Wakanda forever.

Sempena ulang tahun ke-10 Gamescom pada tahun ini, beberapa pembangun video games dari negara Afrika akan menyertai devcom. Persidangan pembangun-pembangun video games itu akan diadakan pada 19 Ogos sehingga 20 Ogos di Cologne, Jerman.

Lima studio bebas akan hadir dari beberapa buah negara lain dengan latar belakang yang berbeza akan diterbangkan ke Cologne. Antara studio yang terlibat ialah Masseka Game Studio yang mewakili Republik Afrika Tengah, Studio Lomay dari Madagascar, studio Mog Media Design dari Nigeria (Afrika Barat), studio Weza Interactive dari Kenya dan studio Frontfire dari Algeria.

Dihoskan di Koelnmesse International Fair dan Exhibition Center (ail Est), pembangun-pembangun video games dari negara Afrika akan diletakkan di bawah seksyen “African Corner by Paradise Game”. Seksyen ini akan didedikasikan kepada video games buatan dari Afrika dan pembangun-pembangun ini akan diberikan peluang untuk mempersembahkan game ciptaan mereka di hadapan pihak-pihak profesional dalam industri dan dalam masa yang sama juga dapat mempamerkan budaya Afrika melalui game mereka.

Kissoro Tribal Game, video game yang dibangunkan oleh Masseka Game Studio

Pengasas dan CEO Paradise Game, Sidick Bakayoko berkata: “Impian kami adalah untuk menjadikan video games sebagai medium utama kami dalam menggerakkan ekonomi Afrika, dan juga sebagai salah satu cara untuk menggaji berjuta orang melalui setiap benua. Untuk kami mencapai ke tahap itu, kami memerlukan ekosistem yang kuat dengan pembangun-pembangun video games dari Afrika yang mana mereka akan mengeksport game mereka ke seluruh dunia dan mendapat publisiti di peringkat antarabangsa.”

Industri video games telah menjana keuntungan sebanyak hampir $100 billion di seluruh dunia dan 27% daripada pendapatan ini datang dari mobile games. Negara Afrika mewakili potensi yang besar dengan 500 juta orang Afrika yang memiliki telefon bimbit.

Industri video games menawarkan peluang perniagaan kepada pembangun-pembangun video games dan sekaligus dapat mencipta peluang perkerjaan kepada anak-anak muda di Afrika. Video games juga adalah salah satu medium yang digunakan oleh mereka untuk mempromosikan budaya Afrika di peringkat antarabangsa.

Paradise Game telah mengambil misi ini untuk mencipta label “Made in Africa” yang mana membolehkan game mereka diberikan pendedahan yang lebih kepada audiens yang lebih luas.

Sedikit informasi mengenai Paradise Game. Studio ini telah memulakan festival video game dan esports yang pertama di Afrika yang dikenali sebagai FEJA (Festival de L’Electronique et du Jeu vidéo d’Abidjan – (www.FEJA.ci), dan ia juga rancangan televisyen Afrika yang dikenali sebagai Paradise Game Show yang memfokuskan kepada pemain-pemain di dalam industri itu.

Sumber: citizentribune 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.