Xbox telah mengesahkan khabar angin yang bertiup kencang baru-baru ini.
Dalam acara Xbox Showcase yang berlangsung tengah malam tadi, kerjasama antara Hideo Kojima dengan Xbox Game Studios telah diumumkan secara rasmi.
Tentunya, tiada sebarang butiran lanjut mengenai projek game yang sedang mereka bangunkan ini. Apa yang Kojima dedahkan buat masa ini adalah ia merupakan sebuah game yang beliau “sentiasa ingin bikin sejak sekian lama” dan sesuatu yang “tidak pernah dialami” dalam mana-mana game sebelum ini.
Kojima turut menyebutkan teknologi cloud yang dimiliki oleh Microsoft, serta trend industri yang semakin berubah, membuatkan beliau akhirnya bergerak untuk merealisasikan konsep game tersebut.
Comments
Loading…