in , ,

Hideo Kojima Puji 12 Minutes, Buatnya Teringin Bikin Satu Lagi Game Adventure

Ikon industri gaming, Hideo Kojima telah bermain game terbaharu yang diterbitkan Annapurna Interactive, 12 Minutes, dan nampaknya beliau amat sukakannya.

Dalam beberapa tweet yang dinaikkan, Kojima telah memuji game point-and-click ini.

“Ia menakjubkan!” kata Kojima. “Saya tak perasan masa berjalan dan terus mainkannya selama empat jam! Saya tak pernah khusyuk main game macam ini sejak INSIDE. Sebuah game time loop adventure dan mempunyai stail yang bagus.”

Kemudian beliau menyambung, “Apabila kamu dah biasa dengan pandangan dari atas dan kawalannya, kamu dah tak kisah. Ia game yang menggunakan kecerdasan. Ia seperti game-game Amiga yang saya pernah main dahulu. Saya belum habiskannya lagi, tapi ia menyeronokkan. Saya takut dengan kedatangan [Willem] Dafoe!”

Kojima seterusnya turut memuji pemilihan pelakon suara. Beliau berseloroh dengan mengatakan kalau sebelum ini Dafoe mengetuk pintu rumahnya, dia pasti akan buka dan menyambutnya, tetapi setelah bermain 12 Minutes, beliau takut Dafoe akan menumbuknya.

Dalam tweet seterusnya, Kojima mendedahkan yang bermain game ini membuatkan dirinya teringin untuk membikin sebuah lagi game adventure. Lebih menarik, tweet ini telah dibalas oleh pencipta 12 Minutes, Luis Antonio yang berkata, “saya ada beberapa idea yang saya mahu ia dibikin oleh kamu [Kojima].”

Kami sememangnya setuju dengan pendapat Kojima bahawa game ini amat menghiburkan. Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!? kami menyatakan:

“12 Minutes memiliki asas cerita dan persekitaran yang ringkas, namun bagaimana ia dirumitkan menjadi satu penceritaan time loop yang kompleks membuatkan ia mengangkat game indie ini menjadi sebuah karya yang menyegarkan.”

12 Minutes kini boleh dimainkan di PC, Xbox Series dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Belum Lagi Dilancarkan, Cheat Untuk Battlefield 2042 Dah Mula Dijual

Filem Uncharted Dilaporkan Ada Babak Nathan Drake Jatuh Dari Kapal Terbang Macam Uncharted 3