Menu
in ,

Hideo Kojima Nafi Sony Akan Ambil-Alih Kojima Productions, Selepas Beliau Sendiri Muat-Naik Logo PlayStation Studios

Pada tengah hari semalam, Hideo Kojima telah memuat-naik logo PlayStation Studios di Twitter, seolah-olah mengesahkan spekulasi yang berlegar beberapa hari lalu tentang pengambil-alihan oleh Sony.

Walau bagaimanapun, kira-kira dua jam selepas memuat-naik gambar tersebut, beliau menafikan yang Kojima Productions akan diambil-alih oleh mana-mana syarikat.

“Saya mohon maaf atas salah faham ini, tapi Kojima Productions telah dan akan terus menjadi studio yang bebas,” ujar Kojima di Twitter.

Ura-ura tentang pengambil-alihan Kojima Productions oleh Sony timbul apabila banner di laman web rasmi PlayStation Studios telah dikemaskini dengan menambah Death Stranding.

Namun, setelah disemak, ramai yang berpendapat bahawa Death Stranding sememangnya merupakan sebuah game pihak pertama Sony kerana sejak awal lagi harta intelek (IP) Death Stranding dimiliki oleh Sony walaupun Kojima Productions bukan di bawah PlayStation Studios.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version