in

Hideo Kojima Mula Mengacah Sedang Merancang Untuk Bangunkan Game Seram

Kali terakhir Hideo Kojima terlibat dalam game bergenre seram ialah Silent Hills, yang mana demonya, yang digelar P.T., pernah dikeluarkan ke PS4 pada Ogos 2014. Kita pun tahu apa yang terjadi selepas itu — game tersebut dibatalkan oleh Konami, seterusnya Kojima pun keluar dari syarikat penerbitan game Jepun itu.

Selepas melancarkan Death Stranding dengan jayanya, nampaknya Kojima sudah mula merancang untuk membikin game seram seterusnya.

Dalam satu tweet yang dikeluarkan, beliau memberitahu bahawa untuk membangunkan game seram yang paling menyeramkan, beliau sedang menonton beberapa filem seram untuk membangkitkan jiwa seramnya.

Kojima berkongsikan tentang sebuah filem seram Thailand berjudul ‘The Eye’ yang beliau pernah pinjam semasa membangunkan P.T., tetapi beliau tidak pernah habiskan menontonnya kerana filem tersebut terlalu seram, sehinggakan beliau hanya meminjam disk sahaja kerana pakejnya juga terlalu menyeramkan.

Sama ada Kojima akan benar-benar meneruskan langkah untuk membikin game seram atau hanya cuba untuk mengumpulkan idea secara kasar, tidaklah kita ketahui. Apa yang boleh kita harapkan adalah supaya Kojima meneruskannya agar kita dapat menikmati apa yang telah dibatalkan dalam P.T.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Detroit: Become Human Akan Dilancarkan Untuk PC Pada Bulan Depan, Saksikan Trailer Terbaru Dalam 4K

Rockstar Masih Ada Banyak Kandungan Dirancang Untuk GTA 5 Online