Setelah mempersembahkan Death Stranding pada November lalu, ia tidak mengambil masa yang lama untuk Hideo Kojima memulakan projek beliau seterusnya.
Dalam satu tweet yang dinaikkan di akaun Twitter beliau, Kojima telah memuatnaik satu gambar di mejanya dengan berkata, “sedang mengerjakan konsep seterusnya ketika tiada siapa berada di pejabat.”
https://twitter.com/HIDEO_KOJIMA_EN/status/1209037080828895233?s=20
Semestinya, beliau tidak mendedahkan apa-apa info dari skrin komputernya atau apa yang ada di atas mejanya secara jelas, namun ia telah membuatkan para peminat sudah mula berspekulasi apakah projek yang beliau sedang fikirkan dalam kepalanya pada ketika ini.
Sebelum ini, beliau ada menyatakan tentang persediaannya untuk membikin sesebuah video game bergenre seram. Apakah Kojima sudah mula menulis game seram beliau seterusnya? Hanya beliau yang ada jawapannya.
kita boleh nampak padang pasir di situ, mungkin ada sedikit padang pasir dari game karya agung beliau yg seterusnya huhu