in ,

Hideo Kojima, Microsoft Dilaporkan Sedang Berbincang Untuk Terbitkan Game Bawah Xbox

Hideo Kojima dilaporkan sedang berbincang bersama Microsoft untuk menerbitkan game seterusnya dengan Xbox.

Laporan ini muncul dari VentureBeat, yang menerima berita ini daripada sumber yang mereka percayai. Khabar angin ini turut menyatakan yang perbincangan itu sudahpun dilakukan sejak beberapa minggu lalu.

Ura-ura ini dikuatkan lagi apabila dalam livestream baru-baru ini, Phil Spencer ada meletakkan maskot Kojima Productions di belakangnya, menandakan beliau sebenarnya sedang mengacah sesuatu bersama ikon industri tersebut.

Sama ada perjanjian ini sudah ditandatangani ataupun tidak, masih belum diketahui, namun VentureBeat mengatakan Kojima kini menjadi fokus kepada rancangan Microsoft untuk menarik minat bakat-bakat pembangun dari Jepun.

Sama-sama kita nantikan sama ada laporan ini adalah sahih ataupun sebaliknya.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Netflix Dapat Hak Tayang Filem-Filem Sony Pictures Selepas Keluar Wayang, Bermula Dengan Uncharted

Rockstar Disahkan Sertai E3 2021 – Game Apa Mereka Akan Umumkan? GTA 6, Red Dead Remaster?