in

Hideo Kojima Mengacah Tentang Rekaan Awal Game Baru – Sekuel Death Stranding?

Apa projek seterusnya daripada ikon industri gaming kegemaran ramai, Hideo Kojima? Beliau nampaknya sudah mula mengacah tentang game beliau yang akan datang.

Dalam tweet terbaharu, beliau telah memuatnaik satu gambar dari atas mejanya, dan mendedahkan bagaimana beliau memulakan rekaannya untuk sesebuah game baharu.

“Inilah cara saya mereka satu judul [game] baharu bersama Yoji,” katanya. “Pertama, kami bincang butiran setiap karakter, latar belakang, dunianya, warnanya, karakteristik, tugasnya, gambar-gambar, idea, dan kata kunci secara ulang-alik melalui emel. Kerja dari rumah dan 20 minit perbincangan secara langsung. Kebanyakannya mesej di iPhone.”

https://twitter.com/HIDEO_KOJIMA_EN/status/1276462837129306112?s=20

Ramai sudah berteori tentang apakah yang sedang cuba disampaikan atau diacah oleh Kojima ini. Apa yang menarik ialah gambar dinaikkan itu ada patung bayi yang tampil dalam Death Stranding. Mungkinkah mereka sedang membangunkan sekuel kepada Death Stranding? Atau sebuah game baharu yang berada dalam universe yang sama? Atau sebuah game baharu lain sama sekali?

Lebih menarik, satu lagi tweet susulan telah dikeluarkan oleh Kojima. Kali ini, kita dapat melihat lebih dekat terhadap satu lukisan ini.

https://twitter.com/HIDEO_KOJIMA_EN/status/1276727147793485824?s=20

Menurut VG247, apabila di-zoom dengan lebih dekat, kita akan dapat lihat yang kenderaan yang kelihatan seperti kapal angkasa itu ada tulisan “BRIDGES”. Sesiapa yang bermain Death Stranding pasti cukup kenal dengan nama ini.

Apakah sekuel Death Stranding ini nanti bakal terbang ke arah angkasa lepas pula? Hanya Kojima yang ada jawapannya.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Dr Disrespect Akhirnya Keluarkan Kenyataan, Tapi Twitch Masih Membisu

Dr Disrespect Akhirnya Keluarkan Kenyataan, Tapi Twitch Masih Membisu

Rindukan Game Racing Gaya Retro 90an? Memperkenalkan Horizon Chase Turbo

Rindukan Game Racing Gaya Retro 90an Yang Ada Splitscreen? Memperkenalkan Horizon Chase Turbo