Menu
in

Hideo Kojima Mengacah Projek Baharu, Mungkin Norman Reedus Masih Terlibat

Kojima Tunjukkan 48 Minit Gameplay Death Stranding, Memperlihatkan Interaksi Multiplayer

Hideo Kojima telah mengacah sesuatu yang agak menarik di Twitter, membuatkan ramai peminat mula bercakap mengenai projek beliau seterusnya.

Dalam tweet itu, Kojima telah memuatnaik sekeping gambar memperlihatkan peralatan penggambaran yang di belakangnya terdapat beberapa individu yang dikaburkan.

Sekilas pandang, salah seorang individu tersebut kelihatan seperti Norman Reedus. Butiran ini membuatkan para peminat menjangkakan bahawa projek yang sedang diusahakan Kojima itu bakal melibatkan pelakon tersohor itu sekali lagi.

Kapsyen yang diletakkan untuk tweet tersebut ialah: “Baru-baru ini, saya telah menyemak perancangan dan skrip itu, dan bereskperimen dengan beberapa perkara lain.”

Seperti yang ramai tahu, game terbitan beliau sebelum ini, Death Stranding, menampilkan Reedus sebagai protagonis, bertindak sebagai pelakon suara dan juga model karakternya berdasarkan beliau.

Lebih menarik, penerbit dan pengacara The Game Awards, Geoff Keighley membalas tweet Kojima itu dengan hanya meletakkan emoji “mata”. Muncul pula spekulasi mengatakan projek baharu Kojima itu akan didedahkan semasa The Game Awards 2021 yang bakal berlangsung 9 Disember ini.

Apakah projek yang dibikin Kojima ini? Mungkinkah sekuel Death Stranding? Atau sebuah projek baharu lain yang turut melibatkan Reedus? Atau mungkin berkaitan divisyen yang baru diwujudkan Kojima Productions yang memfokuskan kepada filem, televisyen dan muzik?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version