in , ,

Hideo Kojima Mahu Terus Berkarya Untuk 100 Tahun Lagi Sebagai AI

Hideo Kojima sentiasa dikenali sebagai seorang pencipta game yang berfikiran jauh ke hadapan. Idea-idea yang dilontarkannya sentiasa di luar kotak pemikiran kebiasaan manusia.

Terbaharu, dalam satu temu ramah bersama IGN, Kojima mengeluarkan satu lagi kenyataan yang menarik untuk difikirkan.

Kojima membayangkan yang beliau akan terus berkarya untuk 100 tahun akan datang sebagai sebuah entiti AI (artificial intelligence – kecerdasan buatan).

IGN bertanyakan soalan yang berbunyi:

“Apakah terdapat sebarang falsafah atau perasaan yang kamu ingin tinggalkan di Kojima Productions, sebuah syarikat yang menggunakan nama kamu, apabila ia diteruskan ke arah masa depan untuk 50 atau 100 tahun akan datang?”

Ini jawapan Kojima:

“Itu satu soalan yang bagus. Saya belum pernah betul-betul memikirkannya. Saya akan terus memimpin selagi saya masih ada, dan apa yang penting buat saya adalah asas penciptaan kami akan terus dikekalkan. Tapi kamu tahulah, saya mungkin akan menjadi AI dan terus ada di sekeliling. Kamu perlu diransang dalam pelbagai cara jika kamu mahu terus mencipta perkara-perkara baharu, jadi saya bayangkan saya akan terus berkolaborasi dengan yang lain-lain dan membawakan sesuatu baharu walaupun saya seorang AI.”

Terus “menghidupkan” seseorang dalam bentuk AI walaupun insan itu telah meninggal dunia sememangnya satu teknologi masa depan yang semakin hangat dibincangkan. Sekiranya korang tertarik dengan topik sebegini, korang bolehlah tonton Black Mirror dan Love, Death & Robots di Netflix.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Last of Us Adalah Kisah Teragung Dalam Gaming, Kata Craig Mazin

Steam Juga Sediakan Rangkuman Tahunan – Lihat Game Paling Banyak Main, Berapa Achievements, Banyak Lagi