in ,

Hideo Kojima Kata Tak Jadi Buat Satu Game Ini Kerana Banyak Persamaan Dengan Siri TV The Boys

Antara siri televisyen yang terbaik dan paling hangat dibualkan pada ketika ini adalah The Boys yang sedang ditayangkan di Amazon Prime Video.

Dalam satu tweet, ikon industri gaming, Hideo Kojima telah mendedahkan sesuatu yang agak menarik tentang satu game konsep beliau dan siri TV tersebut.

Kojima mendedahkan yang beliau pernah mempunyai satu projek, namun terpaksa ditinggalkan kerana konsepnya mempunyai beberapa persamaan dengan The Boys.

Menurutnya, konsepnya ada persamaan, namun dalam konteks latar belakang dan tricks yang berbeza. Temanya adalah satu karakter ini bersama skuad detektifnya menentang hero-hero legenda di belakang tabir.

Kojima turut mendedahkan yang beliau ada terfikir untuk mengambil Mads Mikkelsen sebagai pelakon utama untuk projek tersebut.

Walau bagaimanapun, Kojima tidak berkongsi lanjut tentang projek tersebut. Malah beliau tidak pun secara spesifik menyebutkan “game”, dan tidak mustahil ia mungkin dalam bentuk media lain kerana Kojima Productions sudahpun membuka sebuah divisyen baharu yang memfokuskan filem, televisyen, dan muzik.

Seperti yang kita tahu, Kojima kini sedang membangunkan sebuah game dengan kerjasama Xbox Game Studios, sebuah game yang beliau gambarkan sebagai “sesuatu yang tidak pernah dialami”.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Call of Duty: Modern Warfare 2 Dilaporkan Akan Ada Mode Percuma Macam Escape from Tarkov

Fall Guys Season 2 Akan Dilancarkan Pada Khamis Ini, XP Berganda Sekarang

Fall Guys Berjaya Kumpul 20 Juta Pemain Dalam Masa 48 Jam Selepas Beralih Ke Model Percuma