Hideo Kojima telah mendedahkan yang beliau akan mengusahakan sebuah “projek radikal” bermula tahun ini.
Perkara ini diumumkannya ketika mengucapkan selamat tahun baharu 2022 di Twitter. Dalam tweet tersebut, beliau berkata,
“Tahun ini, saya akan mulakan satu kerja baharu dengan bersungguh-sungguh, dan bergerak ke tahap eksperimen yang lebih tinggi dengan satu projek radikal.”
Seradikal mana projek yang sedang ikon industri gaming itu usahakan ini? Hanya masa yang akan memberikan jawapan.
Tweet ini hadir beberapa hari selepas beliau menyatakan dalam satu temu bual yang beliau sedang membangunkan dua buah game baharu. Kojima menggambarkan satu game yang beliau sedang bangunkan sebagai sesuatu yang “besar”, manakala satu lagi game sebagai sesuatu yang “baharu dan mencabar”.
Comments
Loading…