in

Hideo Kojima Dedahkan Game Paling Ditunggu-Tunggunya Untuk 2017

Apakah game yang paling menarik perhatian pencipta siri Metal Gear Solid ini untuk tahun hadapan?

Bercakap kepada GamesIndustry.biz, Hideo Kojima telah mendedahkan apakah video game dan filem yang beliau nanti-nantikan untuk tahun 2017.

“Memandang ke hadapan, untuk game, pilihan saya adalah Red Dead Redemption 2. Filem yang saya nanti-nantikan untuk 2017 adalah Blade Runner 2049,” kata Kojima.

Kojima mengagumi game-game keluaran Rockstar bukanlah perkara yang baru. Pada tahun 2013, beliau¬†mengatakan bahawa Grand Theft Auto V kelihatan sungguh menakjubkan sehingga membuatkan beliau “tertekan” kerana beliau menganggap ia adalah projek beliau sendiri. Beliau turut mengatakan ketika itu bahawa Metal Gear Solid V mungkin tidak mampu untuk memberikan impak yang sama.

Red Dead Redemption 2 sebelum ini dilaporkan bahawa ia bakal mempunyai 3 watak protagonis, pendekatan yang mirip dengan GTA V.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada akhir tahun 2017.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Suka Duka Demo: NieR: Automata

Uncharted 4 Adalah Game Tertinggi Markah Di Metacritic Untuk 2016, Overwatch Ungguli Di Semua Platform