in ,

Hideo Kojima Dedahkan 2 Game Baharu Kini Dalam Pembangunan

Hideo Kojima telah mendedahkan yang studio beliau kini sedang membangunkan dua buah game baharu, dan telah mengacah sedikit butiran mengenainya.

Ketika bercakap kepada Famitsu, lapor Siliconera, Kojima menggambarkan satu game yang beliau sedang bangunkan sebagai sesuatu yang “besar”, manakala satu lagi game sebagai sesuatu yang “baharu dan mencabar”.

Tentunya, tidak banyak yang boleh diekstrak daripada butiran kecil ini, namun sekiranya kita ingin berspekulasi, game yang “besar” itu mungkin adalah game sedia ada, kemungkinan dalam universe Death Stranding. Manakala untuk game yang “baharu dan mencabar” itu, kemungkinan adalah sebuah harta intelek (IP) serba baharu.

Selain itu, dalam temu bual sama dengan Famitsu, Kojima turut menyatakan harapannya untuk melangkah ke dalam industri hiburan pada tahun 2022. Beliau menegaskan yang streaming akan terus memberikan impak besar kepada bagaimana pelbagai pihak akan menjalankan bisnes dan mencipta seni pada tahun 2022.

Semestinya ini ada kaitan dengan penubuhan divisyen baharu dalam Kojima Productions, iaitu divisyen yang memfokuskan kepada filem, televisyen dan muzik.

Apakah lagi idea-idea luar biasa yang akan disajikan oleh ikon industri gaming itu pada tahun 2022? Sama-samalah kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

UFL Tambah Romelu Lukaku Sebagai Seorang Lagi Duta, Ini Modelnya Dalam Game

PUBG, Dota 2, GTA V, Apex Legends Antara Game Menjana Pendapatan Tertinggi Di Steam Pada 2021