Comel sungguh tengok Kojima-san dan Mads Mikkelsen menceritakan saat-saat mereka mula bekerjasama.
Episod ke-6 Hideo Tube telah diterbitkan di channel Youtube Kojima Productions, dan kali ini menampilkan temuramah bersama Mads Mikkelsen. Mads Mikkelsen (Hannibal) bakal memainkan salah satu watak utama di dalam game Kojima-san, Death Stranding bersama Norman Reedus (Walking Dead).
Kojima-san kerap menyatakan minat beliau terhadap pelakon Denmark itu. Di dalam video temuramah itu, beliau dengan bangganya menyusun semua DVD dan Blu-Ray yang dibintangi Mads. Malahan, tajuk video bersama Mads itu turut menamakan beliau sebagai “Khazanah Negara Denmark”!
Kedua-dua Kojima-san dan Mads menceritakan bagaimana mereka mula-mula mengenali sesama mereka dan bagaimana kerjasama untuk Death Stranding berputik. Bagaimanapun temuramah tersebut tidak menampilkan sebarang maklumat baru mengenai Death Stranding.

Beberapa video belakang tabir dan perbincangan mengenai game design turut disembangkan. Kalau korang berminat, bolehlah menonton video tersebut. Jangan lupa untuk turn on closed caption!
Comments
Loading…