in ,

Hideo Kojima Akan Menerbitkan Buku Berbahasa Inggeris Pada Tahun Ini

Nama Hideo Kojima tentunya tidak asing dalam industri gaming. Pencipta siri Metal Gear dan Death Stranding itu telah memberi inspirasi kepada ramai pembangun dan gamer marhaen di seluruh dunia.

Beliau sebenarnya pernah berkongsikan pengaruh dan inspirasi dalam karya-karyanya di dalam sebuah buku tulisannya yang bertajuk ‘The Gifted Gene and my Lovable Memes’. Walau bagaimanapun, kebanyakan peminatnya seluruh dunia tidak berpeluang membacanya kerana ia ditulis dalam bahasa Jepun.

Jangan gusar lagi kerana buku tersebut bakal diterjemah ke bahasa Inggeris dan ia bakal diterbitkan sekitar musim luruh 2021 (sekitar September-Disember).

Berita ini diumumkan oleh VIZ Media di Twitter, menyatakan yang syarikat itu akan menerbitkan versi bahasa Inggeris dengan tajuk ‘The Creative Gene’.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite Bawakan Kandungan Karakter Street Fighter – Kosmetik Ryu Dan Chun-Li

Knockout City: Game Dodgeball Baru Keluaran EA, Dilancarkan Pada Mei Ini