in

Hideo Kojima Ada Berhubung Dengan Artis Manga Terkenal Untuk Bikin Game Seram

Hideo Kojima telahpun berhubung dengan Junji ito, artis manga yang terkenal dengan tema seram, untuk membangunkan sebuah game seram.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ito ketika bercakap dengan ComicBook. Apabila ditanya soalan tentang apakah beliau ada bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membikin video game, ini jawab Ito:

“Saya kenal pengarah Kojima dan kami ada perbualan yang mana beliau mungkin ada game berdasarkan seram yang mungkin dia sedang bikin, dan jadi dia telah ajak saya untuk menjayakannya, tapi belum lagi ada butiran lanjut tentang game ini.”

Pendedahan ini pastinya selari dengan laporan-laporan yang muncul sebelum ini — seperti Kojima mula menonton filem seram untuk mendapatkan inspirasi dan khabar angin yang mengatakan Sony cuba mendamaikan Konami dan Kojima bagi menghidupkan semula francais game horror yang cukup terkenal, Silent Hills.

Kali terakhir Hideo Kojima terlibat dalam game bergenre seram ialah Silent Hills, yang mana demonya, yang digelar P.T., pernah dikeluarkan ke PS4 pada Ogos 2014. Kita pun tahu apa yang terjadi selepas itu — game tersebut telah dibatalkan oleh Konami, seterusnya Kojima pun keluar dari syarikat penerbitan itu.

Adakah ikon industri gaming kesayangan ramai ini, Kojima benar-benar bakal kembali menggegar dunia game horror? Hanya Kojima ada jawapannya.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Trailer Gameplay Assassin’s Creed Valhalla Yang Tiada Paparan Gameplay Langsung

Pemain Assassin’s Creed Valhalla Akan Boleh Tukar Jantina Pada Bila-Bila Masa, Ini Videonya

Call of Duty: Black Ops Cold War Telah Tertiris, Dijangka Keluar Oktober 2020

Call of Duty: Black Ops Cold War Telah Tertiris, Mungkin Keluar Pada Oktober 2020