in

Hideo Kojima 2016 World Tour: Ronda-Ronda Kota London!

Hideo Kojima, seorang pereka game yang terkenal baru-baru ini meninggalkan Konami telah melakukan lawatan ke seluruh dunia dan kali ini beliau singgah ke London!

JomBaca: Kerjasama antara Sony dan Kojima terpateri!

https://twitter.com/cerny/status/689466193623683072?ref_src=twsrc%5Etfw

Dalam rombongan selama 10 hari ini, Kojima telah ditemani oleh ketua arkitek bagi PS4 iaitu Mark Cerny. Menurut pihak Kojima Productions, tujuan rombongan ini adalah untuk memberikan peluang kepada Kojima sendiri untuk menyelami teknologi terkini. Namun begitu, tiada info lebih lanjut telah diberikan.

https://twitter.com/Kaizerkunkun/status/691558769390649345/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw

Dalam hentian di London ini, Kojima telah melawat 2 buah studio iaitu Sony London Studio dan Media Molecule yang dikenali melalui game LittleBigPlanet.

https://twitter.com/HIDEO_KOJIMA_EN/status/691559028573470720/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw

Dapat dilihat bahawa Kojima diberi peluang untuk mencuba game terbaru yang menggunakan teknologi VR. Adakah beliau akan berminat menggunakan teknologi ini kelak? Hanya beliau tahu jawapannya setakat ini.

JomBacaPlaystation VR: Senarai 50 games yang bakal berentap!

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six Siege: Mengapa Rainbow Vs Rainbow Dalam Multiplayer?

Street Fighter 5: Jom Tengok Story Trailer Terbaru!