in , , , , ,

Hi-Rez Studios Memaparkan Video Gameplay Paladins: Battlegrounds Selama Satu Jam Di HRX 2018

Paladins: Battlegrounds memaparkan video gameplay selama satu jam yang mendedahkan persamaan dan perbezaan daripada game battle royale yang lain yang berada di pasaran.

Walaupun sesetengah orang mungkin akan dapat mengesan persamaannya dengan game yang lain, mode ini memperkenalkan mekanik yang berbeza dan strategi berpasukan yang berbeza.

Video di bawah menampilkan Paladins: Battlegrounds akan mendapat dua mode yang berbeza dengan dua hero. Di awal perlawanan, pemain akan memasuki kawasan biasa sebelum dijatuhkan dengan menggunakan zepelin. Setiap hero boleh memanggil kenderaan untuk bergerak dalam kawasan peta, mencari kelengkapan di setiap rumah sementara kabus mengecilkan lagi peta tersebut.

Walaupun bunyinya agak sama dengan game battle royale seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds, tapi disebabkan Paladins membenarkan pemain menggunakan kuasa khas yang ada pada setiap hero membolehkan ia dapat dibezakan dari game tersebut. Pertempuran dalam Paladins juga lebih ke arah aksi dan kurang dari segi stealth.

Apabila pemain cedera dalam perlawanan, pemain akan bertukar menjadi seekor ayam yang mana ahli pasukan boleh memulihkan pemain yang cedera. Semestinya, pemain yang bertukar menjadi ayam akan diburu, namun masih ada peluang untuk larikan diri.

Paladins: Champions of the Realm ialah game percuma yang berada dalam peringkat beta di PC, PlayStation 4 dan Xbox One. Mode Battlegrounds dijangka akan hadir pada akhir bulan Mac 2018.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Steam Memecahkan Rekod Lagi Apabila 18.5 Juta Pengguna Serentak Telah Dicatat

Game Battle Royale Trainer Dicipta Khas Untuk Membolehkan Korang Menjadi Lebih Bagus Dalam Game PUBG