in , , ,

Hextech Mayhem: Game Spin-Off League of Legends Akan Dilancarkan Ke PC, Switch, Netflix Gaming

Sebuah game spin-off dari uinverse League of Legends telah diumumkan, dan ia merupakan sebuah game bergenre rhythm-runner.

Berjudul Hextech Mayhem: A League of Legends Story, ia akan dilancarkan ke PC (Steam, Epic Games Store) dan Nintendo Switch pada 16 November 2021. Selain itu, game ini juga akan dilancarkan ke Netflix Gaming pada suatu tarikh yang belum diumumkan.

Diterbitkan oleh Riot Forge (divisyen bawah Riot Games yang bekerjasama dengan studio indie untuk membangunkan game berdasarkan universe League of Legends) dan dibangunkan oleh Choice Provisions, game ini akan membawa pemain ke Piltover dalam persekitaran yang penuh letupan.

Korang boleh saksikan trailer di bawah, di mana kita dapat lihat gameplay yang memfokuskan kepada rentak mengikut muzik untuk mengelak pelbagai halangan menggunakan letupan bom — dari kamera berpandangan platformer.

Hextech Mayhem sudah boleh di-pra-tempah sekarang di Steam dan Epic Games Store dengan harga hanya RM27.

Menarik sebenarnya apabila game ini akan turut dilancarkan ke Netflix Gaming. Buat masa ini, Netflix Gaming hanya menawarkan game-game mobile, maka, ada dua kemungkinan daripada berita ini.

Pertama, adakah Hextech Mayhem akan turut dilancarkan ke platform mobile menerusi Netflix Gaming? Atau kedua, Netflix Gaming sebenarnya akan mula menawarkan game-game di PC bermula dengan game ini?

Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya daripada Riot Forge dan Netflix.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mengidam PS5 Tapi Ditipu Scammer? Ini Langkah/Butiran Penting Ketika Buat Laporan Polis

Pelancaran Steam Deck Ditunda Ke Februari 2022 Kerana Kekurangan Material