Overwatch baru sahaja step up! Jom baca tournament peringkat dunia mereka.

Empat acara Overwatch World Cup sedang dalam perancangan dan akan mencapai kemuncak di acara final besar-besaran di BlizzCon pada bulan November nanti, menurut laporan dari Dot Esports!

Overwatch Contenders Season One akan bermula pada bulan Ogos.
OGN Overwatch Apex sedang rancak berkembang di Korea Selatan.
The Overwatch League pula akan datang!
Overwatch di BlizzCon sebagai penutup acara November tahun ini!

Acara esport Overwatch belum menemui ajalnya. Ia baru sahaja bermula!

Blizzard agak perlahan dalam memajukan Overwatch League selepas diumumkan di BlizzCon tahun lepas – membuatkan banyak pasukan profesional melepaskan pasukan Overwatch mereka, sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan peminat Overwatch. Ada suara-suara yang mengatakan bahawa Overwatch sudah pun mati!

Memang sukar untuk memulakan Overwatch League. Ianya memerlukan dana, tenaga kerja dan sebagai sebuah syarikat korporat, Blizzard mahu memastikan ianya benar-benar stabil. Namun, pihak Blizzard yang senyap berkenaan isu ini, menimbulkan keresahan di kalangan pemain Overwatch profesional.

Jonathan “Reinforce” Larsson, pemain Misfits di dalam satu post Twitlonger berkata, “Jadual tournament akan datang ini menandakan keseragaman, sokongan dan pendedahan kepada organisasi esport yang kita semua nantikan! Jangan difikirkan tentang yang lepas, kita harus memandang ke hadapan!”

alwaysoov, jurulatih Lunatic-Hai pula berkata di Reddit, “Penglibatan Blizzard di dalam arena StarCraft 2 sehingga scene itu tenggelam juga membuktikan segalanya. Blizzard sukar mengadakan tournament, dan mereka lambat melakukan balance changes. Perkara yang sama dibangkitkan komuniti Overwatch. Overwatch boleh menjadi lebih besar daripada League of Legends sekiranya Blizzard bijak menyeimbangkan team dan pengendali tournament.”

Penantian bagi Overwatch League sememangnya menyedihkan. Tapi dengan pengumuman acara-acara ini, diharap ianya akan dapat menghidupkan kembali scene kompetitif Overwatch ini di serata dunia. Korang bolehlah mula berlatih kembali!

JomKomen!