Kita baru sahaja digemparkan dengan satu berita yang amat mengejutkan.
Netflix telah mengumumkan yang musim 3 siri The Witcher merupakan musim terakhir Geralt of Rivia akan dilakonkan oleh Henry Cavill. Bermula musim 4, watak itu akan diganti oleh Liam Hemsworth.
Kedua-dua pelakon tersebut telah mengumumkan perpisahan dan ketibaan masing-masing di Instagram.
Cavill menyebutkan yang beliau akan “menggantung medallion dan pedang” untuk musim 4, serta tidak sabar untuk melihat bagaimana Hemsworth akan menghidupkan watak Geralt.
Hemsworth pula menyatakan tentang bagaimana dirinya meminati francais Witcher dan kerja-kerja Cavill, serta teruja untuk membawa watak yang amat besar tanggungjawabnya ini.
Kesemua pihak tidak mendedahkan apakah sebab perpisahan antara Cavill dengan siri ini. Maka, para peminat sudah mula membuat spekulasi.
Ada yang mengatakan Cavill ingin fokus memainkan watak Superman, di mana baru-baru ini beliau telah mengumumkan kembalinya beliau sebagai watak DC itu.
Ada yang mengatakan peninggalan Cavill ini disebabkan perbezaan kreatif antara pihak produksi Netflix. Baru-baru ini terdapat dakwaan daripada bekas penulis siri The Witcher, Beau DeMayo yang mengatakan sesetengah penulis siri itu “secara aktifnya tidak suka” buku-buku yang ditulis Andrzej Sapkowski dan game-game yang dibangunkan CD Projekt Red. Seperti yang kita tahu, Cavill merupakan peminat tegar francais Witcher, termasuklah buku-bukunya dan game-gamenya.
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me. https://www.binance.com/vi/register?ref=PORL8W0Z