in , , , ,

Henry Cavill Teringin Membintangi Filem/Siri Adaptasi Red Dead Redemption 2

Kita semua tahu bahawa pelakon sensasi Hollywood masakini, Henry Cavill merupakan seorang gamer tegar. Kita dah lihat Cavill memasang PC gaming beliau sendiri, serta terdapat khabar angin yang melaporkan beliau sedang terlibat dalam satu projek rahsia terkait Mass Effect.

Terkini, terdapat satu lagi butiran baharu yang tentunya akan membuat komuniti gamer bertambah teruja.

Ketika menghadiri majlis tayangan perdana musim kedua The Witcher di Madrid, Sepanyol, beliau telah ditanyakan oleh GameReactor dengan satu soalan yang agak menarik:

Apakah video game ingin diadaptasi kepada filem atau siri Netflix yang dibintangi oleh Cavill sendiri?

“Hmmm.. aww, itu satu soalan yang bagus,” jawab Cavill. “Itu satu soalan yang sukar, sebab kamu sedang mencuba kedua-dua IP dan syarikat bersama, yang mana ia sesuatu yang rumit untuk dilakukan, jadi satu pasti tidak mahu meletakkan saya dalam situasi itu, namun ada banyak game di luar sana… Saya sebenarnya dah mulakan Red Dead Redemption 2 — saya tahu saya agak lewat — tapi saya dah mula main dan saya sangat seronok. Dan jadi, sesuatu yang macam itu saya rasa akan menarik untuk dijadikan sebuah filem.”

“Ya, Cavill zaman koboi, kan?”, ujar beliau.

Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami mengatakan Red Dead Redemption 2 sebagai “sebuah game yang serba lengkap. Kisahnya cukup mendalam, gameplaynya sangat mantap, side mission-nya tidak repetitif, open-world-nya yang “hidup”, endgame-nya tidak membosankan, lagu dan sinematiknya yang indah.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Usain Bolt Kata Main Game Bantu Beliau Menjadi Juara Olimpik

eFootball 2022, Trilogi GTA Antara Game 2021 Paling Teruk Reviu, Umum Metacritic