in , , , ,

Henry Cavill Sedang Terlibat Dalam Projek Rahsia Mass Effect – Filem Atau Siri TV?

Dialah Superman. Dialah The Witcher. Dialah idola kepada ramai gamer PC. Dan kini beliau mungkin sedang dalam satu projek yang berkait dengan francais game terkemuka, Mass Effect.

Henry Cavill telah memuatnaik sekeping gambar di Instagram dan mengacah para peminatnya dengan satu projek rahsia. Dari gambar dan kapsyennya, tiada sebarang butiran yang dapat kita ketahui tentang apakah projek yang sedang beliau terlibat.

Walau bagaimanapun, gambar itu sebenarnya memaparkan satu perenggan teks di satu buku, dan teks itu dikaburkan. Mata kasar sememangnya tidak mampu membaca teks itu, namun GamePressure telah menggunakan satu perisian untuk menjelaskan kekaburan tersebut, seterusnya mendedahkan perenggan itu adalah salah satu perenggan yang diambil dari laman Wikipedia Mass Effect 3.

Berikut ialah perenggan teks yang dikaburkan itu (tanpa terjemahan):

“Following the events on Tuchanka and a failed coup by Cerberus to take over the Citadel, the quarians offer their support to the Alliance if Shepard helps them reclaim their homeworld, Rannoch, from the geth. Assisted by a quarian, either Tali’Zorah or Admiral Daro’Xen, Shepard boards a geth dreadnought and rescues a captive geth unit, either Legion or a facsimile occupied by a geth virtual intelligence (VI), then disables the Reaper control signal over the geth.”

Persoalannya kini, apakah bentuk projek yang sedang dibikin? Filem? Siri televisyen? Atau mungkin terlibat dengan pembangunan game Mass Effect yang seterusnya?

Hanya masa yang akan memberikan jawapannya. Sama-sama kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pembangunan Anthem NEXT Telah Dibatalkan, Umum BioWare

PUBG: New State Diumumkan, Sekuel PUBG Mobile Dengan Tema Futuristik