in ,

Henry Cavill Secara Rasni Terlibat Dengan Adaptasi Universe Warhammer 40,000 Untuk Amazon

Selepas ditendang keluar dari The Witcher di Netflix dan comeback yang tidak berjaya sebagai Superman, ramai yang tertanya apakah projek besar seterusnya untuk Henry Cavill.

Kini, segalanya sudah terjawab. Dalam post terbaharunya di Instagram, Cavill telah mendedahkan yang beliau kini terlibat dengan projek adaptasi miniature wargame yang beliau amat minati, Warhammer 40,000.

Projek ini merupakan kerjasama antara Games Workshop dengan Amazon Studios. Apa yang paling menarik adalah mereka bukan sahaja mengumumkan satu siri sahaja, tetapi Amazon telah menerima hak dari Games Workshop untuk menerbitkan sebuah universe yang merentasi siri, filem dan banyak lagi.

Henry Cavill bukan sahaja akan membintangi projek ini sebagai pelakon utama, malah akan turut bertindak sebagai penerbit eksekutif ke atas semua produksi Warhammer 40,000 yang akan diterbitkan Amazon.

Dalam kenyataannya di Instagram, Cavill berjanji untuk menghormati IP ini dan turut berjanji untuk membawakan sesuatu yang familiar.

https://www.instagram.com/reel/CmOoVoqsWAw/?utm_source=ig_web_copy_link

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Atomic Heart: Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu Kalau Nak Pra-Tempah

Filem Death Stranding Secara Rasmi Sedang Dalam Pembikinan, Kojima Sebagai Produser