Baru-baru ini, Henry Cavill, pemegang watak Geralt of Rivia, telah memuatnaik beberapa gambar pertama siri The Witcher di Netflix. Kita dapat melihat Geralt, Yennefer, dan Ciri lengkap dengan kostum mereka masing-masing serta poster rasmi juga telah diperlihatkan.

Walau bagaimanapun, pada ketika itu, ada satu ‘watak’ yang tidak muncul — iaitu kuda yang cukup banyak berjasa kepada Geralt, Roach. Namun, persoalan ini sudahpun terjawab apabila Henry Cavill baru sahaja memuatnaik satu lagi gambar terbaru, yang mana kali ini memperlihatkan beliau sedang menunggang Roach.

Korang boleh saksikannya di bawah:

Bagi korang yang tidak tahu, siri yang bakal dikeluarkan ke Netflix ini mengadaptasi secara terus The Witcher dari novelnya, bukan dari video game yang dibangunkan oleh CD Projekt Red. Di bawah ialah sinopsis siri ini yang dikeluarkan oleh Netflix (tanpa terjemahan):

Based on the best-selling fantasy series of books, The Witcher is an epic tale of fate and family. Geralt of Rivia, a solitary monster hunter, struggles to find his place in a world where people often prove more wicked than beasts. But when destiny hurtles him toward a powerful sorceress, and a young princess with a dangerous secret, the three must learn to navigate the increasingly volatile Continent together

The Witcher dijangka keluar di Netflix antara Oktober hingga Disember tahun ini. Ia merupakan siri yang mempunyai lapan episod, dan setiap satunya berdurasi satu jam.

JomKomen!