Ninja Theory telah mengumumkan bahawa Hellblade: Senua’s Sacrifice, sebuah game yang menyentuh tentang penyakit mental menerusi lensa mitos Norse akan dilancarkan untuk Xbox One pada 11 April.

Buat masa ini, game itu hanya boleh didapati secara eksklusif untuk PlayStation 4 dan PC.

JomBaca: Hellblade: Senua’s Sacrifice: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Semestinya, versi konsol Microsoft akan menampilkan ciri peningkatan yang akan ditampilkan pada Xbox One X termasuklah HDR.

“Pemain mempunyai tiga pilihan mode peningkatan untuk dipilih,” Ninja Theory menjelaskan. “Mode Enhanced Visual menawarkan kualiti visual dan ekstra FX, mode High Framerate akan menggerakkan game pada 60 fps. Mode High Resolution pula akan memberikan game Hellblade resolusi yang dinamik sehingga ke 4K.”

Hellblade versi Xbox One kini sudah boleh dipra-tempah. Kepada sesiapa yang membuat pra-tempah akan mendapat diskaun 10%.

Hellblade secara asalnya dilancarkan pada bulan Ogos 2017. Game itu meletakkan pemain sebagai karakter utama Senua, seorang pahlawan Celtic yang telah mendapat pandangan visi di mana dia perlu berlawan dengan kematian keluarganya.

JomKomen!