in ,

HeavyArm Store Buka Deposit Kelompok Kedua PS5, Dijangka Hadir Pada Hujung Januari 2021

Di mana sahaja di dunia ketika ini, jualan PS5 laris bak pisang goreng panas. Untuk pasaran Malaysia, tiada lagi kedai yang menerima pra-tempah kerana mencapai jumlah maksimum bagi kelompok pertama (1st batch) pra-tempah ini.

Terkini, salah satu kedai game tempatan yang disahkan secara rasmi oleh Sony, HeavyArm Store telah membuka kepada para pembeli untuk meletakkan deposit bagi kelompok kedua (2nd batch) pra-tempah PS5 yang dijangka akan tiba sekitar hujung Januari sehingga pertengahan Februari 2021.

Pembeli boleh meletakkan deposit serendah RM100, dan ia akan masuk dalam senarai menunggu bagi kelompok kedua pra-tempah ini. HeavyArm menyatakan sekiranya mereka tidak dapat memenuhi stok pra-tempah kali ini, RM100 itu akan dipulangkan semula.

Namun, sekiranya pembeli ingin membatalkan deposit ini sebelum pertengahan Februari 2021, dua pilihan akan diberikan iaitu sama ada deposit ini akan hangus atau ditukarkan kepada kredit yang hanya boleh dibelanjakan di kedai HeavyArm.

Kalau korang berminat, boleh klik pautan di bawah berdasarkan edisi PS5 yang diingini:

PS5 akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada 11 Disember ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Beberapa Pemain Laporkan Ada Bunyi ‘Buzzing’ Keluar Dari Dalam PS5

Harga Dan Tarikh Pelancaran Xbox Series X Diumumkan, Boleh Bayar Ansuran Secara Bulanan

Bos Xbox Kata Peratusan Konsol Semakin Mengecil Dalam Keseluruhan Ruang Gaming